Perkhidmatan awam mencerminkan Kerajaan. Kita semua harus sedar bahawa cara Kerajaan berfungsi pada hari ini telah berubah. Bagaimana pula hala tuju fungsi Kerajaan pada lima (5) ke 10 tahun akan datang? Dalam usaha Kerajaan memastikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, keputusan pantas dan berkesan serta dapat menghasilkan outcome adalah diberi keutamaan. Contohnya, sesuatu proses kerja yang biasanya dilaksanakan dalam masa sebulan, dikehendakkan dalam masa dua (2) minggu dan proses dua (2) minggu diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari. Begitulah cara perkhidmatan awam memberikan perkhidmatan kepada rakyat pada masa kini.
Perubahan dalam pelaksanaan sesuatu kerja seperti ini tidaklah sesuatu yang asing di kalangan penjawat awam. Tiada lagi istilah “Tunggu Dahulu”. If you can’t deliver, then someone else will deliver for you. Kerajaan dan perkhidmatan awam pada hari ini dan akan dating dinilai secara objektif. Sekiranya sesuatu keputusan atau tugas itu gagal, maka rakyat selaku hakim hakiki yang mengadili hasil kerja perkhidmatan awam akan segera menjatuhkan hukuman. Sehubungan itu, medan tugas teras yang digalas penjawat awam selama ini telah berasa pada suatu tahap yang kritikal dan perlu dilihat dengan lebih serius. Ini adalah kerana sebarang kesilapan, kekurangan dan kecacatan yang berlaku dalam perkhidmatan awam sentiasa dinilai oleh rakyat.
Dalam perancangan pembangunan sumber manusia di Kementerian / Jabatan, isu penempatan pegawai dan kakitangan perlu dilihat secara serius oleh pihak pengurusan amnya. Oleh yang demikian, setiap pegawai dan kakitangan di Kementerian / Jabatan harus ditempatkan berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang bersesuaian atau lebih tepat lagi, the right man for the right job. Selain itu, penempatan pegawai dan kakitangan di peringkat negeri dan daerah yang mempunyai bebanan tugas yang lebih juga harus diambil berat. Faktor kekurangan pegawai dan kakitangan juga berlaku dalam perkhidmatan awam.
Namun begitu, faktor ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk penjawat awam tidak melaksanakan kerja dengan dedikasi dan bertanggungjawab. Tambahan pula, jika kajian secara terperinci dibuat ke atas sesetengah Bahagian atau cawangan, terdapat bilangan kakitangan melebihi bebanan tugas yang dipikul. Sebagai contoh, Pejabat Mahkamah Persekutuan Malaysia secara tidak langsung telah berjaya mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM4 juta setahun dengan keputusan pengurangan anggota sebanyak 10%. Keputusan seperti ini malahan turut berjaya meningkatkan prestasi dan motivasi kakitangan Jabatan kerana mereka terasa lebih dihargai dan dilibatkan dengan tugas-tugas yang lebih mencabar.
Secara umumnya, integriti bermaksud kejujuran dan ketelusan, keutuhan dan kesempurnaan. Integriti merupakan nadi utama kepada pencapaian hasil kerja yang berkualiti terhadap apa yang dipertanggungjawabkan. Integriti juga merupakan pegangan kepada sebarang perbuatan salah dan tidak bertanggungjawab. Justeru, integriti sebenarnya perlu ada dalam setiap penjawat awam bagi memacu Kementerian / Jabatan ke arah keunggulan yang dapat melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pemantauan akauntabiliti secara berkesan hendaklah dibuat bagi memastikan kualiti perkhidmatan dapat dikekalkan dan ditingkatkan. Tugas-tugas yang dilakukan oleh penjawat awam tidak kira kecil atau besar, semuanya adalah demi kepentingan rakyat. Usaha-usaha yang diberikan oleh penjawat awam tidak semestinya memberikan impak pada hari berikutnya. Akan tetapi, kesannya yang lebih besar dapat dilihat pada masa akan datang.
Siti Khairunisah binti Osmin
860427-52-5544
Sidang E
3 Januari 2012
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePERAMPAS LAKI ORANG KHAIRUNISAH.TUNGGU LA TURN KO PULAK
ReplyDelete