Ke arah wawasan 2020, prestasi perkhidmatan awam dijangka dan diharapkan lebih baik. Saya sentiasa percaya bahawa langkah pertama memastikan sesebuah organisasi bergerak cemerlang dan sihat adalah kebajikan ahli yang terjaga. Saya menyimpulkan bahawa kerajaan telah mula mengambil langkah yang bijak dengan memastikan perkara kebajikan penjawat awam sebagai antara perkara utama dalam memastikan penjawat awam tidak terdesak mencari pekerjaan sampingan bagi menambahkan pendapatan selain gaji sebagai penjawat awam yang dianggap di atas pagar selama ini, walaupun SBPA belum dapat dipastikan keberkesanannya tetapi saya melihat ia sebagai salah satu usaha kerajaan dan inisiatif yang akan berterusan sehingga tahun-tahun seterusnya.
Di samping itu, saya menjangkakan bahawa perkhidmatan awam pada masa akan datang tidak akan menjadi antara penyumbang utama kepada peningkatan aktiviti rasuah. Jika kebajikan, gaji dan faedah perlindungan dititikberatkan, penjawat awam tidak akan mudah tergoda kepada cubaan suapan rasuah kerana telah berasa selesa dengan pendapatan dan keadaan yang disediakan.
Penyampaian yang lebih cemerlang dan cekap dapat dicapai melalui penilaian dan kenaikan mengikut prestasi. Walau bagaimanapun, sehingga kajian semula lima tahun akan datang, pekeliling perkhidmatan diharap dapat diperkemaskan dan mengambil kira opsyen serta syarat kelayakan bagi setiap kategori atau kes; samada kes disiplin, kesihatan, kecemasan, dan lain-lain perkara perkhidmatan yang berkaitan.
Perkara kedua yang perlu diberi penekanan oleh kerajaan selepas kebajikan penjawat awam adalah kebolehcapaian / kejayaan pelaksanaan strategi bagi setiap bidang KRA nasional dan tafsiran bidang kuasa yang lebih jelas di antara Agensi / Jabatan / Kementerian yang diwujudkan. Pertindihan atau kekaburan bidang tugas dalam keadaan tertentu akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan. Selaras dengan kesedaran masa kini tentang isu yang banyak berlaku di dalam usaha memartabatkan perkhidmatan awam, kajian semula perlu dilaksanakan secara menyeluruh meliputi kesemua aspek bagi melaksanakan perubahan dalam mencapai wawasan 2020.
Unaizah Che Mohd Rosley
841118-03-5724
No comments:
Post a Comment