Perkhidmatan awam adalah perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat. Dalam erti kata lain adalah, tidak kira parti mana yang memerintah, perkhidmatan awam tetap memberikan perkhidmatan dengan sewajarnya. Dengan sebab itu, perkhidmatan awam juga harus mengikut peredaran zaman dan arus kemodenan.
Dalam mengikut arus kemodenan dan menyediakan perkhidmatan awam untuk 5 hingga 10 tahun akan datang, beberapa perkara berikut dilihat adalah tiga elemen yang dilihat penting dalam urusan perkhidmatan dan pentadbiran:
- Ketepatan masa
- Motivasi pekerja
- Keberkesanan dalam perkhidmatan
Bagi menjamin perkhidmatan yang cemerlang pada tahun-tahun akan datang, ketiga-tiga elemen ini wajar diberi penekanan.
Ketepatan masa boleh juga dirangkumi dengan kebolehan menyelesaikan sesuatu tugasan pada masa yang tepat, 'early is on time, on time is late'. Masa adalah antara faktor pengukur yang boleh dijadikan perkara penting yang wajar dititikberatkan dalam sesebuah organisasi dalam perkhidmatan awam.
Kebolehan dalam memberikan perkhidmatan yang baik pada masa yang baik adalah ekspektasi yang dilihat boleh dicapai dari 5 hingga 10 tahun akan datang. Ini berikutan, pada masa kini, beberapa perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat, contohnya penghasilah kad pengenalan 'MyKid' untuk bayi yang baru lahir, penghasilan MyKid hanyalah mengambil masa beberapa jam, berbanding beberapa minggu sebelum ini. Manakala seperti yang dilihat, saman yang dikeluarkan oleh Polis Trafik pula hanyalah menggunakan kad pengenalan pesalah trafik, diimbas dengan mesin khas dan dicetak serta merta.
Jadi, adalah wajar ketepatan masa dilihat sebagai elemen ekspektasi pada masa akan datang.
Motivasi pekerja dalam perkhidmatan awam pula juga adalah antara elemen yang dilihat perlu wujud dalam setiap pekerja dalam sektor awam. Motivasi bukan sahaja berbentuk wang ringgit, tetapi sikap bekerja dengan ikhlas dan mengharapkan rezeki yang halal dari pekerjaan juga adalah antara bentuk motivasi. Dalam masa yang lalu, Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Sektor Awam telahpun diperkenalkan. Jika motivasi wujud dalam setiap pekerja dalam sektor awam, makan masalah seperti rasuah dan penyelewangan dapat dibanteras dari akar umbi dan seterusnya menyediakan perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan yang cemerlang sesuai dengan seruan transformasi dalam perkhidmatan awam.
Keberkesanan dalam perkhidmatan pula adalah kewajaran dan impak sesuatu pekerjaan yang dilakukan kepada organisasi. Keberkesanan adalah antara contoh 'Blue Ocean Strategy' yang mempunyai empat tonggak utama iaitu 'eliminate, reduce, raise and create' dalam beberapa perkhidmatan awam seperti yang diterapkan dalam Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia adalah kaedah yang wajar dalam mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan.
Imej di salin daripada link ini
Keberkesanan dalam perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat juga adalah ekspektasi yang akan mengubah perkhidmatan awam selangkah maju demi menyiapkan perkhidmatan ke arah Wawasan 2020.
Perkhidmatan awam walaupun bukanlah berteraskan kepada faktor keuntungan dan kerugian, namun perkhidmatan awam juga perlu berdaya saing, kerana perkhidmatan yang disediakan adalah kepada rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, perkhidmatan awam juga perlu bersiap sedia ke arah transformasi yang berkesan demi kejayaan dan kemajuan Malaysia pada masa kini dan akan datang.
Nur Syarfa Aina binti Zulkeplee
Nilai, Negeri Sembilan
Diploma Pengurusan Awam Bil 1/2011
No comments:
Post a Comment