Saturday, 7 January 2012

EKSPEKTASI TERHADAP KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM DALAM 5-10 TAHUN AKAN DATANG

EKSPEKTASI TERHADAP KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM
DALAM 5-10 TAHUN AKAN DATANG


Kepimpinan yang 100% Mengamalkan Prinsip “People First”
Prinsip “Rakyat Didahulukan” memerlukan seorang pemimpin lebih prihatin terhadap keperluan dan kepentingan rakyat.  Rakyat kini telah menjadi lebih bijak dan telah meletakkan kepuasan hati mereka sebagai satu penanda aras bagi pemimpin. Seorang pemimpin direkod telah mencapai KPInya setelah berjaya memberikan kepuasan kepada rakyat yang berurusan dengannya. Sebagai sebuah negara yang terdiri dari kalangan rakyat berbilang kaum, pemimpin mendukung ekspktasi rakyat menjalankan amanah dengan adil dan saksama.  Pemimpin wajib mengenalpasti ‘titik sentuh’nya sama ada di kota mahupun di desa. ‘Titik sentuh’ perlu disulam dengan komitmen dan kesungguhan yang penuh supaya rakyat dapat merasakan impak yang dijanjikan. Dalam erti kata lebih mudah, rakyat mahukan segala masalah mesti dikaji dengan kadar yang segera dan seterusnya diselesaikan secara total.

Rakyat memerlukan kepimpinan yang mempunyai ketetapan minda (mindset) yang sentiasa membawa perubahan demi memberikan perkhidmatan yang terbaik. Rakyat juga akan meletakkan kepuasan mereka sebagai sesuatu yang perlu diutamakan kerana tahap kepuasan pelanggan merupakan satu indikator utama yang menunjukkan kepimpinan awam itu harus kekal relevan atau tidak. Kejayaan sesebuah kepimpinan awam juga diukur menerusi penyampaian perkhidmatan yang menepati kehendak dan cita rasa pelanggan. Kepimpinan yang mendahulukan rakyat meletakkan segala rungutan rakyat sebagai satu maklum balas yang terbaik untuk mengetahui keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatannya sama ada sampai atau tidak ke peringkat akar umbi. Kesimpulannya, rakyat memerlukan kepimpinan yang berupaya merancang secara rapi dan teliti seterusnya menyediakan perkhidmatan yang kreatif, inovatif serta menjangkaui ekspektasi dan kehendak pelanggan, secara efektif dan berkesan.

 
Kepimpinan yang 100% Mengamalkan Prinsip “Performance Now”
Penekanan kepada prinsip “Performance Now” telah menjadi begitu penting kerana rakyat tidak lagi mahu mendengar cakap-cakap kosong, sebaliknya mereka ingin melihat sendiri bukti dan kesan positif di peringkat akar umbi hasil daripada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan awam. Oleh itu, sesuatu projek, program atau perkhidmatan hendaklah dilaksanakan dengan cepat bagi memastikan keberkesanan serta impak dapat dirasai seperti yang diinginkan oleh rakyat.  

Rakyat akan mahukan prinsip “Pencapaian Diutamakan” diberi perhatian yang penuh oleh semua agensi Kerajaan khususnya para penjawat awam. Rakyat  mahukan  setiap tindakan yang diambil sentiasa mengamalkan prinsip ketepatan, sikap yang serius dan kesempurnaan. Rakyat juga mahukan setiap projek pembangunan disiapkan mengikut jadual. Hanya dengan cara ini, keyakinan rakyat terhadap budaya pelaksanaan dan penguatkuasaan oleh kepimpinan awam dapat dikembalikan.

Kepimpinan yang Lebih Telus, Cekap dan Berintegriti
Pembangunan  dan kejayaan negara adalah bergantung kepada sikap yang positif serta moral yang tinggi dalam sistem pengurusan dan pentadbiran. Ini merupakan batu asas yang harus di tanamkan di setiap jiwa penjawat awam supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing seterusnya melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping mempunyai sikap amanah dan berintegriti.

Secara khususnya, rakyat mempunyai ekspektasi terhadap kepimpinan awam seperti berikut:

a)    Kepimpinan yang 100% berintegriti secara istiqamah:
·                     mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah,
·                     berkecuali iaitu tidak memihak kemana-mana atau berat sebelah,
·                     tidak mementingkan diri sendiri; dan
·                     tidak khianat, hasad dan dengki.

b)    Kepimpinan yang 100% cekap sentiasa istiqamah:
·                     berani dan cepat membuat keputusan,
·                     menghadapi krisis dengan tenang,
·                     bersikap tegas kepada prinsip,
·                     mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja,
·                     mempunyai keyakinan diri,
·                     berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif;dan
·                     berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang
tertentu.

Kepimpinan yang 100% amanah sentiasa istiqamah:
·                rela dan cuba sedaya upaya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan iklas bagi mencapai objektif yang ditetapkan; dan
·                mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi


Kepimpinan yang Mengamalkan Prinsip “Value for Money”
Kepimpinan awam di masa akan datang diharapkan sentiasa mengamalkan strategi-strategi berasaskan prinsip ‘value for money’ atau ‘return of investment’.  Antara strategi yang sedang dipupuk pada ketika ini adalah ‘value management’ dan ‘outcome based budgeting’ yang mirip kepada pendekatan yang selama ini digunapakai oleh pihak swasta. 

Kepimpinan awam dikehendaki mengikis rasa kebergantungan terhadap peruntukan kerajaan dan norma-norma kerja sedia ada semata-mata sebagai satu ‘prerequisite’ sebelum melaksanakan sesuatu program atau tugas.  Kepimpinan awam mesti mempunyai mentaliti seperti kepimpinan swasta. Setiap RM0.01 yang dibelanjakan mesti mesti mendatangkan ‘return of investment’ dan ‘tangible outcome’ yang diinginkan.  Segala sumber (termasuk sumber manusia, aset, masa dan tenaga) yang ada wajib dikira sebagai satu pelaburan dan mesti digembleng secara optimum bagi menjamin pelangan yang maksimum.

Dalam SBPA yang diperkenalkan baru-baru ini, penjawat awam kini mempunyai peluang menikmati gaji dan kemudahan-kemudahan yang setanding dengan pihak swasta malah dalam beberapa aspek, lebih baik berbanding dengan apa yang dinikmati oleh rakan-rakan dalam sektor swasta.  Dengan ganjaran yaang hebat sebegini, ekspektasi rakyat terhadap kualiti kerja kempimpinan awam dijangka meningkat berkali-kali ganda.  Dalam erti kata lain, rakyat akan menilai setiap penjawat awam sama ada mereka ini ‘value for money’ atau tidak.  Sekiranya sebelum ini rakyat mengkategorikan projek-projek kerajaan yang terbengkalai atau tidak berfaedah sebagai ‘membazirkan duit rakyat’ kini label yang sama bakal diberikan kepada penjawat-penjawat awam yang gagal memenuhi ekspektasi mereka.                  

Kepimpinan yang Lahir dari Proses Transformasi yang Berjaya
Dalam arus globalisasi di mana segalanya harus cepat, tepat (kepada titik sentuh) dan berimpak tinggi,  rakyat akan mudah bosan dengan pendekatan-pendekatan yang kuno.  Segala proses pembaikan terhadap sistem yang digunapakai mesti disiapkan dengan kadar yang segera dan diperbaharui dari masa ke masa supaya setanding dengan sistem terbaik yang ada pada ketika itu.  Rakyat semakin lama semakin lebih ‘mobile’ di mana mereka lebih kerap berkunjung ke negara lain.  Dalam masa yang sama, maklumat boleh diperolehi di hujung jari dan ia bersifat ‘real time’.  Kesan langsung yang boleh dijangka adalah rakyat akan lebih bijak dalam meletakkan ‘benchmark’ kepada sistem yang diamalkan oleh kepimpinan tempatan berbanding dengan sistem yang diamalkan di negara-negara lain.  Dalam erti kata lain, kepimpinan awam tidak mempunyai pilihan lain selain dari melengkapkan proses transformasi yang sedang giat dilaksanakan pada ketika ini supaya hasilnya dapat dituai dan dibuktikan kepada rakyat.

Bagi menjamin transformasi yang yang berjaya, PEMANDU telah memperkenalkan ‘6 Secrets from Good to Great Transformation’.  Dari segi takrifannya, transformasi memerlukan kepimpinan awam melakukan perubahan menyeluruh dalam:

·                     Cara kepimpinan awam melaksanakan tugas-tugasnya (doing); dan
·                     Karakter kepimpinan awam tersebut (being)

6 rahsia yang dimaksudkan adalah:-
a)           The game of impossible
·      Olympic target
·      Conquer the fear of failure

b)           KPI anchorage
·      Anchor on Key Performance Indices

c)            Discipline of action
·      Plan and track results (daily, weekly, monthly)
·      Reward and celebrate success

d)           Situational leadership
·      Directive in the beginning of the journey
·      Empower in the later part

e)           Winning coalition
·      Collaborate with key partners and stakeholders

f)             Divine intervention
·      A lot of things are outside of our control (>60%)

Justeru itu, ekpektasi terhadap kepimpinan awam perkhidmatan awam dalam tempoh 5 hingga 10 tahun mendatang ini amat tinggi dan sebagai penjawat awam wajarlah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab yang telah diberikan.

Nuuraulia Md. Isa
800703146002
Sidang E, DPA 1/2011


No comments:

Post a Comment