Thursday, 5 January 2012

EKSPEKTASI ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG

Kewujudan perkhidmatan awam adalah sebagai satu entiti pentadbiran negara yang bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan penuh prihatin, adil dan saksama. Perkhidmatan awam berperanan untuk melaksanakan setiap dasar dan keputusan kerajaan dengan pantas, tepat dan berkesan.”

YBHG. TAN SRI KSN
MAPPA XII  22 MAC 2011

Perkhidmatam awam (PA) merupakan sektor kerajaan yang melaksanakan perkhidmatan kepada masyarakat secara umumnya.  Justeru, PA menjadi tunjang kepada kerajaan bagi melaksanakan segala dasar yang dirangka supaya dapat mencapai objektifnya. Penetapan sistem penyampaian kerajaan sebagai salah satu  teras Pelan Transormasi Kerajaan menunjukkan betapa signifikannya sektor awam di Negara kita. Mendasari segalanya adalah kesetiaan para penjawat awam dan merupakan sine qua non kepada kewujudan pentadbiran.

Dewasa kini, ekspektasi terhadap PA semakin tinggi di kalangan rakyat dan juga penjawat awam. Lantaran, pembaharauan dinamik adalah mustahak bagi menentukan hala tuju PA dalam tempoh lima (5) ke sepuluh (10) tahun. Perubahan minda penjawat awam khususnya adalah langkah utama bagi melahirkan penjawat awam yang berkualiti yang tidak lagi dibelenggu dengan sikap sambil lewa dan karenah birokrasi. Minda yang cemerlang dapat menghasilkan perkhidmatan awam yang gemilang. Sikap seperti dedikasai, ‘sense of urgency’, bertanggungjawab dan amanah perlu diamalkan dengan sepenuhnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan secara keseluruhannya.

Pemimipin-pemimpin perlu memainkan peranan yang penting dan perlu menjadi contoh kepada pegawai-pegawai di bawah seliaannya. Pemimpin perlu berfikiran lebih terbuka, inovasi dan sedia menerima pandangan dan pendapat dari pelbagai pihak termasuk pihak pelaksana. Ini dapat membantu pihak kepimpinan mengenalpasti bakat dan potensi yang terpendam dan menggunakankannya sebaik mungkin bagi mencapai objektif jabatan.

Selain itu, penjawat awam perlu dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan am supaya penyampaian perkhidmatam awam lebih lancar. Justeru, penjawat awam perlu peka terhadap perubahan semasa dan memiliki kecenderungan untuk mengetahui perkara-perkara yang penting. Penjawat awam juga perlu memiliki kemahiran interpersonal yang baik supaya sistem penerimaan dan penyampaian PA adalah mudah dan berkesan. Oleh yang demikian, saranan pucuk kepimpinan kerajaan untuk mentranformasikan PA perlu dipikul bersama-sama agar penyampaian PA dapat memenuhi ekspektasi masyarakat. Penyampaian PA perlu cekap dan tepat bagi memastikan matlamat negara tercapai.

KUMAR AANANDAN
Sidang E
DPA 1/2011

No comments:

Post a Comment