Penjawat awam merupakan aset terpenting dalam pembangunan negara. Ini kerana kualiti penjawat awam membawa negara ke arah pembangunan yang lebih maju dan berdaya saing. Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar awam juga memerlukan individu yang jujur, amanah dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, setiap penjawat awam yang berkualiti seharusnya bersikap profesional, mempunyai peribadi yang unggul serta kompeten. Konsep 1Malaysia juga mempunyai hubungkait dengan penjawat awam dimana slogannya berbunyi 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Pencapaian tersebut adalah merujuk kepada penjawat awam itu sendiri dalam menjalankan tanggungjawab demi kebajikan rakyat.
Ekspektasi kepimpinan penjawat awam dalam masa lima tahun akan datang adalah transformasi ke arah perkhidmatan yang cekap. Kepimpinan penjawat awam juga digesa untuk melakukan perubahan dalam perkhidmatan dengan lebih kreatif dan inovatif selaras dengan langkah kerajaan yang memberi keutamaan kepada kedua-dua aspek itu. Aspek kreatif dan inovatif merupakan satu elemen yang membawa kepada perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
Pembangunan sistem kenaikan pangkat perlu dibangunkan dengan teratur. Ini bagi memastikan kenaikan pangkat penjawat awam lebih telus dan adil. Selain itu, pihak pengurusan tertinggi juga perlu mengkaji cadangan penambahbaikan yang dibangkitkan oleh mana-mana pegawai sama ada berjawatan tinggi atau rendah. Ini kerana sesetengah cadangan itu mungkin boleh diaplikasikan tetapi perlu mempunyai model yang komprehensif.
Oleh yang demikian, sebagai penggerak kepada perubahan itu, setiap pihak perlu memainkan peranan demi memastikan kepentingan penjawat awam terpelihara.
Nurhidayah Ramli
850123-14-5746
Sidang E
No comments:
Post a Comment