Friday, 6 January 2012

Ekspektasi Kepimpinan Perkhidmatan Awam 5 Hingga 10 Tahun Akan Datang

          Pada April 2009, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri  Najib Tun Razak telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan yang antara objektif utamanya adalah untuk mentransformasikan sektor kerajaan supaya menjadi lebih efektif dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan prinsip 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

       Sehubungan itu, penjawat awam selaku tonggak utama di dalam kepimpinan perkhidmatan awam masa kini menggalas satu tanggungjawab yang besar untuk merealisasikan segala aspirasi dan misi kerajaan yang dirangka untuk kesejahteraan rakyat. Rakyat Malaysia pada hari ini juga bukan seperti dahulu, mereka lebih berpengetahuan dan mempunyai kesedaran yang  tinggi tentang hak mereka dan pastinya mereka menuntut kualiti perkhidmatan awam berada di  tahap yang terbaik.

          Ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam, saya mahu melihat generasi penjawat awam dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang mengamalkan sikap profesional yang mempunyai ciri-ciri cekap, cepat, tepat dan berintegriti supaya jentera perkhidmatan awam  bergerak dengan lebih aktif, bermutu dan produktif. Tanggapan dan persepsi negatif serta lapuk masyarakat terhadap perkhidmatan awam perlu dilenyapkan supaya usaha yang dijalankan oleh pihak perkhidmatan awam  tidak dipandang rendah sebaliknya dihargai dan mendapat sokongan dari rakyat.

          Selain itu, kita juga perlu memastikan barisan kepimpinan perkhidmatan awam sama ada baru atau pun lama diterajui oleh individu yang mendukung kuat prinsip moral dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti amanah, bertanggungjawab, jujur dan berdedikasi kerana barisan inilah yang akan membantu pihak kerajaan menggubal, melaksana, menyelaras dan memantau segala pelaksanaan dasar, program dan keputusan kerajaan.

          Ekspektasi  ini akan dapat dicapai sekirannya semua penjawat awam mengotakan ikrar dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan awam iaitu :

  •   Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
  • Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
  • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Peribahasa Cina juga ada mengatakan  “If you want one year of success, grow grains; if you want ten years of success, grow trees; if you want 100 years of prosperity, grow men”.

Disediakan oleh :
Norismawati binti Jasmani
800103-04-5144
Sidang E DPA Siri 1/2011


No comments:

Post a Comment