Perkhidmatan awam merupakan tonggak utama dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dan menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam meningkatkan kualiti kehidupan dan meningkatkan pembangunan Negara. Jelas peranan yang perlu dimainkan oleh perkhidmatan awam adalah amat besar terutama waktu kini apabila kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE). Dalam hal ini perkhidmatan awam adalah barisan hadapan yang perlu menerapkan “Kepimpinan Melalui Teladan, Bersih Cekap dan Amanah, Islam Hadhari dan kini Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.” Namun semua slogan itu hanya slogan kosong kerana sikap penjawat awam dalam perkhidmatan awam kini yang tamak mengejar pangkat dan harta dunia.
Bila sebut perkhidmatan awam, yang tergambar dalam fikiran semua orang adalah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Setiap hari akhbar kita melaporkan tentang pengambilan rasuah dan penyelewengan di kalangan penjawat awam tidak kira samada pekerja bawahan mahupun di kalangan pemimpin tertinggi. Jadi tidak hairanlah jika rakyat sudah memandang serong terhadap perkhidmatan awam.
Jika ditanya apakah ekspektasi kepimpinan perkhidmatan awam lima (5) tahun akan datang, saya mengharapkan agar pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam mempunyai integriti dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Setiap warga perkhidmatan awam bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai-nilai dan etika dalam semua tindakan dan tingkahlaku semasa menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas mereka. Dengan perubahan yang berlaku di kalangan kepimpinan perkhidmatan awam diharap dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti pengeluaran, mampu mewujudkan anggota yang cekap, bersih, amanah dan berakauntabiliti serta melahirkan organisasi yang bertanggungjawab dan diyakini rakyat.
Justeru dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang diharapkan agar perkhidmatan awam dapat bersama-sama memastikan wawasan Negara tercapai melalui pelaksanaan dasar serta kecekapan perkhidmatan awam menjalankan tugas dalam memenuhi kehendak rakyat.
RUHAIZA AZEREEN BT ABDUL RANI
860212-01-5264
SIDANG E
No comments:
Post a Comment