Secara peribadi ekspektasi terhadap perkhidmatan awam di masa hadapan adalah sebuah jentera yang bebas dari sebarang pengaruh, lebih berobjektif dan fokus terhadap bidang atau aktiviti yang paling berhasil serta tidak berulang atau bertindih di antara satu sama lain. Untuk ini, fungsi dan bilangan agensi,sistem dan prosedur serta sumber manusia perlu dikaji semula secara menyeluruh. Di samping itu niat untuk berkhidmat kepada masyarakat, sikap cintakan negara dan mendahulukan kepentingan orang ramai perlu mengatasi niat-niat peribadi di segenap lapisan penjawat awam dan perkara ini boleh diambil kira dalam urusan SPA disamping penilaian terhadap kebolehan secara individu dan kolektif. Dalam solat pun tertib yang pertama adalah niat.
Ini kerana perkhidmatan awam di Malaysia pada masa ini sedang berdepan dengan cabaran yang paling besar dalam usaha negara menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Masa sudah semakin suntuk dan petanda-petanda setakat ini tidaklah begitu memberangsangkan.Sebagai tunjang utama Negara, kegagalan perkhidmatan awam pada masa ini untuk bukan terlebih dahulu untuk berubah tetapi menyedari hakikat ini boleh menyebabkan negara kita berdepan dengan risiko terhumban ke kelompok negara dunia ketiga.
Syukurlah pihak kerajaan telah sedar mengenai perkara ini dan sudahpun mengorak langkah yang sesuai bagi memastikan perkhidmatan awam pada dalam masa 5 sehingga 10 tahun yang akan datang adalah merupakan suatu perkhidmatan awam yang kejat ,dinamik dan berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil adalah dengan pengenalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan juga Outcome Based Budget(OBB) dan sebagainya dengan harapan dapat menzahirkan penjawat awam berkualiti dan mempunyai nilai terbaik.
Kita telah melihat perkhimatan awam pada masa kini sedang mengorak langkah dan mula bergerak ke arah perubahan. Sama ada kita berani turut serta atau kekal selesa bukan lagi pilihan, tetapi adalah tanggungjawab kita.
Mohammed Arfazheel bin Amsir
830131125261
Sidang E DPA 1/2011
No comments:
Post a Comment