Wednesday, 4 January 2012

Ekspetasi Kepimpinan Perkhidmatan Awam 5 Hingga 10 Tahun Akan Datang

              Tahun baru, azam baru. Setiap tahun, perkhidmatan awam cuba mencorakkan dan mewarnakan lagi gaya pentadbirannya. Dengan moto yang sering diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Keputusan terhadap sesuatu isu secara outcome based lebih diberi penekanan. Proses kerja dalam bidang-bidang kritikal perlu dipendekkan dan kerajaan akan dinilai dari segi keberkesanan penyelesaian sesuatu permasalahan.

              Melalui Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2012. Program-program secara inklusif perlu disediakan oleh kerajaan sebagai platform untuk golongan berpendapatan rendah bagi mewujudkan sumber ekonomi dan kewangan yang mapan. Di samping itu, sektor swasta perlu disinergikan supaya kembali menjadi peneraju ekonomi negara.
           
           Program-program seperti cross fertilizer di antara sektor swasta dan sektor kerajaan amat bertepatan dilaksanakan kerana dapat mengubah perspektif rakyat tentang perkhidmatan awam. Pengalaman yang dibawa oleh pegawai dari sektor swasta ke dalam sektor kerajaan sedikit sebanyak dapat membantu menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada dan dilihat dapat mencapai objektif Program Transformasi Rakyat.

          Selain itu, isu Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang hangat diperkatakan ketika ini, perlanjutan tempoh persaraan dari 58 ke 60 tahun secara tidak langsung memberi kesan kepada kerajaan secara amnya dan penjawat awam khususnya, opsyen yang ditawarkan ini sedikit sebanyak mengehadkan kelayakan pegawai kerajaan muda yang berpotensi untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan. Justeru itu, pegawai kerajaan seharusnya memainkan  peranan penting dalam mengkaji semula dasar-dasar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

           Sebagai kesimpulan, pimpinan kerajaan perlu menseimbangkan diri dengan nilai-nilai seperti Spiritual Quotient (SQ) dan Emphaty Quotient (EQ) agar dapat memberikan perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat dan negara. Di samping itu, nilai nilai murni yang lain seperti integriti dan jujur perlu ada pada setiap pemimpin agar dapat menjamin pucuk pimpinan yang terbaik dalam masa 5 sehingga 10 tahun yang akan datang.

Lydia Eznie Hamzah
821110-14-5242
Sidang E

          

No comments:

Post a Comment