Dalam mencapai serta menuju kearah Wawasan 2020 pelbagai dugaan dan cabaran telah ditempuhi serta bakal dilalui oleh perkhidmatan awam. Seperti yang kita sedia maklum, Perkhidmatan Awam merupakan jentera pengerak kepada kerajaan dalam merealisasikan dasar serta misi yang direncanakan. Manakala itu, penjawat awam adalah dilihat sebagai enabler serta tonggak kepada penggerak jentera kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh yang demikian, ekspektasi yang tinggi telah diberikan kepada Perkhidmatan Awam bagi merealisasikan matlamat ini dengan jayanya.
Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa perkhidmatan awam pada masa akan datang adalah lebih mencabar seiring dengan arus perubahan politik, ekonomi dan sosial. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan Negara berubah pada tahun 2009. Pemimpin Negara pada masa kini menjurus kepada dasar transfomasi yang bermatlamat melaksanakan perubahan dan penambahbaikan terhadap sistem kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Sehubungan itu, sebagai penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada Kerajaan perlu sentiasa menerapkan serta mengamalkan budaya inovasi dalam organisasi. Inovasi bukan sahaja berperanan sebagai langkah kreatif menyelesaikan masalah, bahkan turut merungkai kebuntuan akibat peraturan-peraturan lama yang membelenggu fikiran dan perkhidmatan. Penyampaian perkhidmatan awam yang statik dan biasa hanya akan melayakkan kita sekadar bersaing dalam liga tempatan semata-mata. Iltizam untuk menempatkan negara dalam senarai Ivy League dan berada dalam kelas negara maju global ternyata memerlukan pembudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten.
Selain itu, kepimpinan adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. Dalam membudayakan inovasi sebagai teras pemikiran utama mencipta penyelesaian masalah yang kreatif, setiap kepimpinan di semua peringkat mestilah menetapkan momentum agenda transformasi yang diperkukuh dengan semangat ingin tahu yang tinggi serta sikap yang mencabar status quo. Kita mesti berani untuk mempersoalkan sesuatu peraturan yang dirasakan tidak relevan dengan situasi semasa. Memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, “be bold and daring... to break new ground and do things differently”.
Sekian, terima kasih
Oleh : MOHD AZRI BIN BAIHAKKI (840517-08-5193)
SIDANG E (DPA 1/2011)
No comments:
Post a Comment