Perkhidmatan Awam kini telah menjadi semakin penting dalam menguruskan negara Malaysia agar kesejahteraan dan kemajuannya terus dipelihara. Perkhidmatan Awam kini telah semakin efisyen dengan pelbagai pelaksanaan dan pendekatan yang telah diambil bagi memastikan perkhidmatan awam menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang. Kepimpinan perkhidmatan awam telah semakin berubah sejajar dengan perubahan minda generasi masa kini.
Walaubagaimanapun ciri-ciri kepimpinan dan teladan yang baik tetap di tonjolkan serta masih dikekalkan demi memastikan organisasi tetap berada di tahap yang cemerlang. Kemajuan sains dan teknologi serta perubahan persekitaran telah merubah pentadbiran sesebuah organisasi. Pemimpin generasi 5 hingga 10 tahun akan datang akan menjadi lebih berdaya saing dan berketrampilan sejajar dengan perkembangan minda manusia dan perubahan kehendak manusia yang perlu dipenuhi. Pemimpin pada masa akan datang perlu menjadi lebih peka dan bekerja lebih keras bagi memenuhi kehendak orang awam yang semakin tinggi.
Ciri-ciri kepimpinan masa kini seperti pelaksanaan tugas dengan baik dengan mengikut prosedur kerja yang sedia ada perlu dibuat penambahbaikan memandangkan pemimpin kini perlu membuka minda dan lebih berinisiatif demi memastikan tugas yang dilaksanakan menjadi lebih efisyen dan menghasilkan outcome yang lebih baik. Pemimpin perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan tugas dan tidak hanya mengikut cara kerja yang biasa. Penambahbaikan sistem kerja dari masa ke semasa perlu sentiasa diberi perhatian agar ianya sentiasa sesuai dengan perubahan arus semasa. Pemimpin masa hadapan perlu berupaya menghadapi segala cabaran dari pelbagai segi agar sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran mendatang.
Secara keseluruhan, pemimpin pada masa akan datang perlu menghadapi cabaran yang lebih besar dan hebat dalam tugas sebagai pemimpin bagi membawa organisasi untuk terus cemerlang dan berdaya saing. Pemimpin perlu benar-benar bersedia dan mempunyai ilmu serta kemahiran yang lengkap demi memastikan perkhidmatan awam sentiasa disanjungi dan dihormati.
Faradatul Azila binti OsmanSidang E
No comments:
Post a Comment