Assalamualaikum w.b.t.
Perkhidmatan awam di mana-mana negara sering menjadi kritikan dan tomahan pelbagai pihak. Kebanyakan besar isu-isu yang diutarakan sering dikaitkan dengan dasar, isu kecekapan, penyampaian perkhidmatan dan integriti. Penjawat awam sering dilihat sebagai tidak cekap dan ketinggalan zaman dari pelaksanaan dasar.
Untuk mentadbir negara masa kini, perkhidmatan awam yang perlu berdasarkan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan. Satu titik keseimbangan perlu dicapai dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar dan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awan perlu lebih realistik dan tidak hanya berdasarkan slogan semata-mata.
Saya mengharapkan sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan releven dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Satu perkara yang menjadi tunjang kepada ekspektasi ini adalah setiap seorang dari perkhidmatan awam perlu meletakkan dirinya di tempat golongan sasaran dalam merangka dasar, melaksanakan program,menyampaikan perkhidmatan dan berkomunikasi dengan orang awam. Dengan menyampaikan perkhidmatan dengan empathy, isu-isu integriti, keikhlasan, kesungguhan, kecekapan dan kualiti akan terjawab dengan sendirinya. "Janganlah kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak mahu orang lain lakukan kepada mu".
Sekian, terima kasih.
Muhammad Yusuf Abdullah
820831-10-5107
No comments:
Post a Comment