Sunday, 8 January 2012

Ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam dalam 5-10 tahun dari sekarang

   Kepimpinan yang unggul merupakan asas yang penting dalam organisasi yang cemerlang. Secara amnya, kepimpinan unggul bererti tindakan seseorang pemimpin itu yang dapat memimpin dan mempengaruhi anak-anak buah untuk mencapai misi, visi dan objektif sesebuah organisasi dengan bekerja secara berpasukan. Baru-baru ini kepimpinan dalam sektor awam ditransformasikan dengan mengikut cara dan corak pentadbiran syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLCs) yang dilihat sebagai contoh terbaik untuk diamalkan. Perubahan yang dibawa ini dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperlukan kerana ekspektasi rakyat kepada kerajaan dan tampuk kepimpinan kerajaan semakin meninggi. Bagi saya, ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam adalah mengenai kemampuan pemimpin untuk melaksanakan strategik, fleksibel, bijak, kental / tahan cabaran, bersatu & menyatukan dan adil.


STRATEGIK
   Saya merasakan perlunya pemimpin akan datang berupaya menyusun strategi yang efektif dan memenuhi keperluan rakyat. Penyusunan strategi bukan sesuatu yang mudah kerana masalah dan keperluan yang dihadapi oleh rakyat adalah pelbagai. Pemimpin perlu berupaya merancang strategi yang mampu menyelesaikan masalah semasa berbangkit dan menjangkakan strategi terus relevan bagi 5-10 tahun akan datang. Cabaran global mahupun tempatan sudah tentu berupaya melemahkan strategi yang dirancang kini tidak relevan di masa hadapan. Oleh itu, sememangnya jika strategi yang dirancang tidak mantap maka segala yang menyusuli selepas itu pasti tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Strategi yang mantap haruslah bersifat sukar digugat, disambut baik oleh orang ramai dan berkesan pada masa kini dan hadapan. Strategik yang mantap harus diikuti dengan pelaksanaan strategi yang berjaya. Pemimpin harus bijak mengunakan sumber sedia ada dan kepintarannya untuk memastikan pelaksanaan strategik yang licin dan berkesan. Sememangnya sepanjang pelaksanaan tersebut akan ada halangan-halangan, namun pemimpin harus bijak menjangkakan masalah tersebut dan cara menanganinya.Cara pemimpin menangani masalah pelaksanaan tersebut perluah mendapat persetujuan majoriti dan menggunakan kaedah yang mementingkan keutamaan semua pihak terlibat. Sesuatu masalah tidaklah harus ditangani untuk mencapai matlamat asal strategi dengan menggunakan cara / kaedah yang memudaratkan pihak-hak berkepentingan walaupun mereka golangan minoriti.

FLEKSIBEL
   Kepimpinan masa hadapan perlulah fleksibel dari beberapa aspek. Aspek pertama adalah kepimpinan dalam sektor kerajaan boleh dijawat oleh pegawai sektor swasta juga terutamanya GLCs dan juga kepimpinan sektor swasta boleh dijawat oleh pegawai kerajaan. Keperluan ini dilihat penting supaya kedua-dua pihak dapat merasai suasana bekerja di sektor berlainan dan penting seperti "mata baru" yang mampu melihat kelemahan di sektor itu dan cara mengatasinya. Aspek kedua adalah kepimpinan yang bukan sahaja "top down" tetapi juga "bottom up". Sesuatu keputusan itu tidaklah semestinya perlu dibuat oleh golangan atas tetapi boleh dibaut oleh golangan pertengahan dan bawah. Keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang terburu-buru ataupun keputusan lemah, tetapi merupakan satu keputusan yang baik dan diterima orang ramai. Fleksibel yang demikian adalah penting supaya memudahkan dan mempercepatkan urusan membuat keputusan dan pelaksanaannya. Aspek ketiga adalah pemimpin yang mampu mengikut arus perubahan dan mengadaptasikan pemikiran dan cara lama dengan yang baru. Keanjalan itu adalah penting agar organisasi tersebut dapat bersaing dalam era persaingan yang sengit dan komplek ini.

BIJAK
   Pemimpin masa hadapan perlulah bijak dan cekap serta mampu membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam situasi yang tertekan, tegang dan dalam jangka masa yang singkat. Kebolehan ini adalah sangat diperlukan terutama zaman ini yang memerlukan sesuatu masalah atau isu diselesaikan dengan kadar yang amat segera kerana ragam rakyat adalah amat mendesak. Pemimpin juga haruslah bijak memimpin dan menguruskan anak-anak buahnya supaya tugas dapat dilaksanakan dengan hati yang senang. Pemimpin perlulah berusaha mendapat hormat dan disegani oleh anak buah bukan kerana kedudukannya atau penonjolan kekuasaannya tetapi kehandalan / kehebatan dirinya yang disukai orang ramai. Pemimpin juga perlulah bijak membaca anak-anak buahnya supaya segala ketidakpuasan dan perkara yang kurang disenangi dapat dielakkan. Dan akhir sekali pemimpin harus bijak menggunakan pendekatan punitif, ganjaran dan pengiktirafan agar anak-anak buah terus dapat berkembang ke arah kecemerlangan.


ADIL
   Seseorang ketua patut mengamalkan sikap adil dan saksama dalam pembahagian tugas walaupun kakitangan bawahannya telah mempunyai skop tugas yang tetap namun pemantauan dari semasa ke semasa perlu dilaksanakan. Bersikap adil terhadap penerimaan pendapat dan idea yang boleh dipertimbangkan walaupun ianya datang daripada kumpulan sokongan. Dengan adanya pertimbangan yang baik, dari sudut pandangan 360 darjah pastinya pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih tepat. Ada ketikanya di pejabat berlaku situasi salah faham atau pertelingkahan seseorang ketua yang adil perlu melihat daripada pelbagai sudut dan pandangan bukan hanya dari sebelah pihak sahaja. Pertimbangan yang bijak perlu dibuat dan kes yang timbul perlu diselidiki sedalam-dalamnya sebelum sebarang tindakan dilaksanakan. Sikap tidak mudah terpengaruh perlu ada dalam diri setiap pemimpin yang baik kerana ia mencerminkan kematangan dan kebijaksanaannya.

KENTAL / TAHAN CABARAN
   Seorang pemimpin yang hebat haruslah mempunyai jati diri, pendirian yang tegas. Harus juga mempunyai semangat yang kuat ketika melaksanakan satu-satu tugas yang diarahkan. Ini adalah sangat penting kerana kumpulan sokongan akan melaksanakan satu-satu tugas yang diarahkan sekiranya mempunyai ketua yang sangat bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa walaupun berhadapan dengan situasi yang sukar. Pastinya ini akan memberi peransang yang baik kepada mereka.

BERSATU DAN MENYATUKAN
   Seseorang pemimpin yang baik haruslah mempunyai sikap mudah untuk bekerjasama. Sikap ini sangat penting untuk wujud dalam sesebuah organisasi agar susasana harmoni dapat dipupuk. Sekiranya kurang komunikasi dan interaksi antara kakitangan dan ketua kadangkala wujud jurang di antara mereka. Dikhuatiri sekiranya perkara ini terjadi kadangkala mesej atau arahan yang disampaikan tidak mencapai matlamat kerana tidak mencapai kata sepakat. Pemimpin yang baik juga mampu membina ukhuwah yang baik di kalangan kakitangan sekiranya ada yang tidak bertegur sapa, keadaan ini haruslah diperbaiki bagi memantapkan urusan kerja disesebuah organisasi.

KESIMPULAN
   Saya berpendapat perkara yang dibincangkan di atas merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam kepimpinan 5-10 tahun akan datang.

MOHAMAD FAISAL HAFIZ BIN MOHAMED RAMLI
831113-10-5069
SIDANG E

No comments:

Post a Comment