Perkhidmatan awam telah menjalani transformasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkhidmatan yang cekap dan kejat menjadi matlamat perkhidmatan awam dalam usaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang dambakan penambahbaikan dalam pelbagai aspek pentadbiran Kerajaan. Rakyat kini lebih bijak menilai dan lebih berani melontarkan pelbagai pendapat dan cadangan untuk meningkatan lagi perkhidmatan awam.
Sehubungan itu, maka tidak hairanlah inovasi dalam perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan karenah birokrasi yang membosankan rakyat. Masa untuk memproses sesuatu permohonan atau untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan wajar dipendekkan untuk memberi keselesaan kepada rakyat berurusan dengan Kerajaan. ‘Sense of Urgency’ di kalangan penjawat awam juga perlu diperkemaskan supaya perkhidmatan yang diberikan lebih cepat, cekap dan telus.
Selain itu, mentaliti penjawat awam juga perlu diubah untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan terpenting dalam memacu perkembangan ekonomi, politik dan sosial Negara. Budaya makin gaji dan kerja sambil lewa perlu dikikis bagi membolehkan matlamat tersebut dicapai. Pengenalan kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberikan dorongan dan motivasi kepada penjawat awam untuk meningkatkan kualiti dan mutu kerja di samping memperoleh penghargaan sewajarnya daripada Kerajaan. Ini membolehkan penjawat awam berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi kearah mencapai matlamat dan wawasan Negara.
Dengan kecanggihan teknologi maklumat di samping peningkatan jaringan telekomunikasi, perkhidmatan awam pasti akan mengorak langkah seiring dengan ledakan arus globalisasi. Perkhidmatan awam akan mudah dicapai oleh rakyat. Proses dan prosedur akan menjadi lebih mudah dan tepat. Semuanya akan berada di hujung jari rakyat.
Kesimpulannya, ekspektasi perkhidmatan awam dalam tempoh 5-10 tahun akan datang pasti akan menjadi lebih baik dan mesra rakyat.
NOR DALILA BINTI IBRAHIM
850319105922
SIDANG E, DPA 1/2011
No comments:
Post a Comment