Kepimpinan di dalam perkhidmatan awam sering dijadikan tumpuan terutama apabila timbulnya isu-isu yang berkaitan kepada perlakuan serta tindakan negatif oleh penjawat awam. Jika dilihat pada pemerintahan selepas kemerdekaan sejak 50 tahun lampau, banyak perubahan yang telah berlaku dalam jentera pentadbiran awam. Evolusi dalam pentadbiran kerajaan menuntut setiap pemimpin dalam pentadbiran awam supaya lebih responsif kepada perubahan persekitaran.
Zaman selepas kemerdekaan memaparkan susah-payah pemimpin-pemimpin negara untuk membentuk sebuah sistem pentadbiran yang cekap. Pada masa tersebut, pemimpin yang mengetuai perkhidmatan awam amat komited terhadap tanggung jawab berikutan semangat patriotik yang masih menebal. Sikap dan nilai murni yang tersemai di dalam diri pemimpin penjawat awam serta pengalaman yang ada membentuk pemimpin-peminpin yang berkaliber pada masa itu. Ia kemudiannya di teruskan dari satu generasi ke generasi yang lain dengan satu matlamat yang sama iaitu memacu negara ke arah yang lebih maju dan terbilang.
Namun, sejak akhir-akhir ini penjawat-penjawat awam sering dihujani dengan isu-isu negatif seperti masalah integriti dan disiplin dalam pekerjaan. Persepsi ini memberi gambaran yang amat buruk di kalangan rakyat kepada pemimpin-pemimpin di dalam sektor awam. Perkara yang menjadi buah mulut orang ramai pada masa kini adalah mengenai campur tangan secara langsung parti politik di dalam sistem pentadbiran awam negara. Jika dahulu pentadbiran awam merupakan dua entiti berbeza dengan parti politik. Namun hari ini, ‘trend’ dalam perkhidmatan awam amat jauh berbeza kerana pemimpin–pemimpin kerajaan kini mempunyai hubungan secara langsung dengan parti politik. Ini kerana parti-parti politik mempunyai kuasa melampaui kuasa penjawat dan pemimpin dalam perkhidmatan awam. Selain itu, pemimpin-pemimpin juga lebih cenderung untuk menjaga kepentingan parti politik demi menjaga kedudukan dalam perkhidmatan awam.
Campur tangan secara langsung dalam perkhidmatan awam akan mengganggu kelancaran pentadbiran seterusnya menghakis keyakinan rakyat kepada pemimpin dan jentera pentadbiran. Pengaruh parti-parti politik dalam pentadbiran akan mejadikan pemimpin dalam perkhidmatan awam dilihat sebagai alat atau boneka kepada parti-parti politik. Segala keputusan yang dibuat akan mempunyai pengaruh yang akan memberi kebaikan untuk sesuatu pihak sahaja dan bukan bersifat menyeluruh. Tindakan ini akan menjadikan pemimpin dalam perkhidmatan awam pada masa akan datang akan semakin tidak produktif serta akan terus kekal berada ditahap zon selesa mereka. Lebih menggerunkan perkara sebegini sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal akan menjadi lebih parah dan sekaligus boleh mencalarkan imej pemimpin dalam pentadbiran awam pada masa hadapan.
Pengenalan sistem baru perkhidmatan awam (SBPA) merubah landskap persekitaran kerja penjawat awam. Pelaksanaan SBPA telah menjadikan jawatan-jawatan utama dalam sektor awam menjadi terbuka. Ini mewujudkan persaingan diantara penjawat awam sedia ada dengan individu dari sektor swasta yang ingin menceburkan diri dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, idak mustahil sekiranya jawatan-jawatan utama dalam sektor awam selepas ini lebih banyak didominasi oleh individu daripada sektor swasta sehingga menyebabkan pemimpin dari penjawat awam sedia ada terus terpinggir.
Masalah sikap yang kini membayangi pemimpin dalam perkhidmatan awam menjadikan mereka dihujani dengan pelbagai kritikan. Tindakan pemimpin mendekatkan diri dengan parti-parti politik adalah perkara yang tidak wajar dilakukan kerana ianya akan memberi impak yang negatif kepada jentera pentadbiran. Oleh itu, bagi mengembalikan kegemilangan dikalangan pemimpin dalam sektor awam, pembentukan sikap dan nilai murni haruslah dititikberatkan. Pemimpin seharusnya mempraktikkan konsep ‘lead by examples’ dengan mengambil contoh pemimpin-pemimpin sebelum ini yang bekerja keras yang rela berkhidmat bagi kesejahteraan bangsa dan negara. Selain itu, campur tangan secara langsung parti-parti politik dalam jentera pentadbiran haruslah dielakkan. Kedua-dua badan ini hendaklah sentiasa di pisahkan bagi mewujudkan sistem ‘check and balance’ dalam negara untuk menjamin keadaan negara yang stabil dan terurus.
Nor Azmi Mohamed
830830-03-5839
Sidang E
No comments:
Post a Comment