Friday, 6 January 2012

Harapan dan ekspektasi terhadap perkhidmatan sektor awam dalam 5 hingga 10 tahun akan datang - Noraini Mohd Shariff

Pada pendapat saya, menyedari akan senario gaya kepimpinan pada masa sekarang ini, yang ditunjangi oleh YAB Perdana Menteri kita, beliau banyak memperkenalkan aspirasi negara membawa negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.YAB PM telah memperkenalkan beberapa agenda negara yang berteraskan kepada transformasi dan inovasi minda rakyat Malaysia di mana pendekatan gagasan Satu Malaysia yang telah diperkenalkan bagi menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara Malaysia dan melaksanakan prinsip keadilan sosial dapat dicapai.

Dengan adanya gagasan Satu Malaysia ini, rakyat dapat menikmati kekayaan dan kemakmuran negara secara adil dan saksama. Perpaduan yang dicapai dapat memastikan negara Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju. Dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan misi dan visi penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju, Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan bagi memastikan hasrat negara akan tercapai. Melalui inisatif baru ini, diharapkan kerajaan dapat memberikan mutu penyampaian kepada rakyat yang mengandungi value added yang tinggi dan dapat memberikan kepuasan yang sangat maksimum kepada rakyat bagi memastikan kebajikan rakyat adalah terjamin dan terpelihara dengan sebaik mungkin melalui 7 bidang keberhasilan utama negara yang menjadi kayu pengukur kepada kejayaan negara.

Harapan terhadap perkhidmatan awam dalam 10 tahun akan datang ialah dengan cabaran globalisasi yang semakin mencabar ini, barisan pemimpin akan datang dapat mengatasinya dengan bijak bagi memastikan keadilan dan kesakmaan dalam memakmurkan negara dapat dicapai dan pertumbuhan ekonomi dapat dipacu dengan lebih tinggi lagi. Ini adalah kerana matlamat utama negara ialah untuk memastikan Wawasan 2020 di capai dan kesejahteraan rakyat dapat diperolehi dan dinikmati sepenuhnya selaras dengan  gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Semua ini dapat digapai melalui pendekatan transformasi minda dan pendekatan budaya kerja berteraskan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap memandangkan rakyat sekarang lebih bijak dan bussines are not as usual. 

Selain itu juga, dalam perspektif perkhidmatan awam, terdapat segelintir penjawat awam masih enggan untuk mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak serta berkongsi sumber dan kepakaran. Sektor awam masih dibelenggu dengan budaya kerja lapuk dan  kita sendiri masih mengamalkan budaya silo dan berfikir di dalam kotak. Maka selari dengan aspirasi kerajaan dalam mentrasnformasikan perkhidmatan awam, penjawat awam perlu menlengkapkan diri dengan pengetahuan terkini dan memiliki kepakaran ICT yang tinggi bagi menghadapi cabaran arus globalisasi masa kini.

Akhir kata,  Perkhidmatan awam pada masa kini lebih memerlukan penjawat awam yang dapat menjiwai tugas dengan baik, tidak mudah patah semangat dan akan terus bergerak dalam apa jua keadaan walaupun menghadapi keadaan yang mencabar dan sukar. Untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan, penjawat awam perlu mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti di samping menyemai sikap keseronokkan dalam menjalankan tugas sebagai sebahagian daripada motivasi dalaman diri bagi menyuntik semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, di samping mengamalkan budaya kerja berintegriti tinggi dan minda kelas pertama. Oleh Noraini Mohd Shariff - 811101105098 - Sidang E











No comments:

Post a Comment