Perkhidmatan Awam sememangnya merupakan satu topik yang masih menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya berhubung prestasi agensi-agensi yang berkhidmat secara terus dengan orang awam. Namun, banyak perubahan telah dilakukan oleh Perkhidmatan Awam dan hal ini diakui oleh orang ramai yang semakin berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
Tempoh 5 - 10 tahun ini adalah sangat getir memandangkan negara sedang menuju ke arah merealisasikan Wawasan 2020 yang kini tinggal 8 tahun sahaja lagi. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar dan polisi adalah diharapkan Perkhidmatan Awam mampu memberikan hasil yang memuaskan semua pihak. Perubahan dan transformasi perlu sentiasa dilaksanakan mengikut keperluan semasa.
Walau bagaimanapun, isu rasuah masih dilihat sebagai satu isu yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Kejatuhan ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah saban tahun sedikit sebanyak menunjukkan kelemahan Perkhidmatan Awam dalam mengendalikan isu ini. Adalah diharapkan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang, ranking Malaysia akan bertambah baik.
Pengenalan sistem saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) turut menjadi perhatian. Ekspektasi terhadap perlaksanaan sistem ini sangat tinggi bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja penjawat awam. Pelaksanaan sistem ini pastinya akan membuatkan penjawat awam akan bersaing secara sihat antara satu sama lain untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.
Kesimpulannya, masih banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam ke tahap seterusnya.
NIK AKHTARULHAQ BIN NIK ABDUL RAHMAN
820629035977
SIDANG E
No comments:
Post a Comment