Monday, 2 January 2012

Ekspektasi anda terhadap perkhidmatan awam dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang


      Seperti yang kita semua sedia maklum, perkhidmatan awam merupakan satu sektor pekerjaan yang sentiasa mendapat tumpuan ramai dan pelbagai pihak. Ini kerana, sebilangan besar rakyat Malaysia terutama golongan bumiputera berkhidmat dalam perkhidmatan awam di negara ini.
     Pada zaman dahulu, apabila diperkatakan mengenai mereka yang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam, selalu dikategorikan sebagai pemalas dan lembap membuat kerja. Hal ini kerana, budaya kerja dalam perkhidmatan awam dahulunya membolehkan mereka untuk keluar minum pagi, minum petang pada waktu bekerja dan balik tepat pada masanaya tidak kira sama ada tugasan atau kerja yang perlu dilakukan telah habis atau tidak. Selain itu, pada masa dahulu, para penjawat awam juga disifatkan sebagai  tidak memberi komitmen yang  penuh serta tiada 'sense of urgency'.
      Walau bagaimanapun, terdapat banyak perubahan dan kemajuan dalam sistem perkhidmatan awam dari masa dahulu hingga sekarang.  Apabila dikatakan mengenai ekspektasi, setiap individu mempunyai espektaksi yang berbeza. Ekspektasi saya terhadap perkhidmatan awam dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang ialah agar sistem perkhidmatan ini menjadi satu sistem perkhidmatan yang dipandang mulia dan penuh dengan integriti serta bebas daripada gejala rasuah. Selain itu, saya juga berharap agar semua penjawat awam diberi gaji yang sepadan dan setaraf dengan sektor swasta atau lebih baik lagi supaya tidak membebankan mereka dari segi kekangan kewangan. Selain itu, saya juga berharap agar para penjawat awam, mengambil serius terhadap segala tugas yang diamanahkan kepada mereka dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak mengamalkan sikap sambil lewa. Di samping itu, saya juga berharap agar dalam tempoh  lima hingga sepuluh tahun akan datang, semua penjawat awam akan  bekerja dengan sifat 'competitive' untuk memastikan sistem perkhidmatan awam di negara kita mempunyai para penjawat yang berdaya saing dan selalu mengamalkan persaingan sihat dalam  kerja dan urusan harian supaya mereka dapat 'deliver' dalam menjalankan tugasan harian.
      Dengan adanya SBPA yang baru telah dilancarkan ini, saya yakin, ekspektasi saya terhadap perkhidmatan awam dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun ini dapat direalisasikan dengan sempurna.

ZAFIRAH ZAINUDIN
Sidang E
2 Januari 2012

No comments:

Post a Comment