Friday, 6 January 2012

EKSPEKTASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5 HINGGA 10 TAHUN AKAN DATANG

Perkhidmatan Awam di Malaysia pada hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut kepada perlbagai perubahan bagi memastikan kewujudannya terus relevan. Fenomena seperti knowledge-base economy (k-economy), globalisasi, liberalisasi, urbanisasi, ledakan teknologi dan revolusi digital telah menyebabkan satu perubahan dan anjakan paradigma kepada persekitaran global pada hari ini. Cabaran-cabaran ini dilihat sebagai satu yang kritikal dalam tempoh lima (5) hingga ke sepuluh (10) tahun akan datang dan langkah-langkah yang luar biasa diperlukan bagi memastikan perkhimatan awam terus mampu memacu Malaysia ke arah negara maju sejajar dengan wawasan negara kita Wawasan 2020.

Antara langkah yang difikirkan perlu bagi mengukuhkan institusi Perkhidmatan Awam di Malaysia dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang adalah dengan cara memperbaiki sistem penyampaian melalui pengukuhan kerajaan, mengemasikini proses pentadbiran dan pengukuran prestasi. Pengukuhan kerajaan disini bermaksud melakukan transformasi kepada perkhidmatan awam secara dalaman mahupun luaran. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan baru-baru ini dilihat merupakan sebagai satu langkah yang tepat dan wajar diambil oleh pihak kerajaan kerana melalui SBPA secara tidak langsung kita dapat memantapkan jentera pentadbiran pentadbiran awam. Perkhidmatan Awam perlu juga melihat proses pentadbiran masa kini. Ianya perlu sentiasa di kemaskini  agar tidak ketinggalan dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan dimasa yang sama perkhidmatan awam mendapat manfaat daripadanya. Pendek kata disini adalah win-win situation. Pengukuran prestasi secara Key Performance Indicator (KPI), National Key Result Area (NKRA) adalah langkah yang bertepatan dan dilihat sebagai sangat praktikal bagi memastikan hala tuju negara sentiasa berada pada landasan yang betul.

Perkhidmatan Awam juga wajar memberikan fokus kepada kecekapan menguruskan dana sektor awam dan melakukan pemantauan terhadap prestasi kewangan negara. Di harap perkara-perkara seperti kehilangan pendapatan negara akibat daripada perbuatan penyeludupan (sepatutnya menjadi salah satu daripada pendapatan negara) dapat dihapuskan sekaligus dapat menjana kembali ekonomi negara di masa-masa akan datang. 

Corruption Perception Index (CPI) bagi negara kita adalah pada skala 4.3 dan ini dilihat sebagai satu perkara yang membimbangkan. Salah satu pecahan dibawah kriteria yang diambil kira adalah rasuah didalam perkhidmatan awam sesebuah negara. Didalam tempoh lima(5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang, diharap perkara seperti ini dapat dikeluarkan daripada perkhidmatan awam. Kerajaan telah menggariskan beberapa panduan dan peraturan yang wajar diikuti oleh para penjawat awam seperti Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi memastikan negara kita mencapai tahap rasuah sifar.

Saya berpendapat sekiranya langkah-langkah diatas dijadikan faktor utama dan merupakan fokus perkhidmatan awam di dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang, saya percaya Perkhidmatan Awam di Malaysia mampu menjadi satu perkhidmatan yang boleh dijadikan sebagai satu benchmark kepada negara-negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI
SIDANG E
DPA BIL 1/2011

No comments:

Post a Comment