Sunday, 8 January 2012

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Perkhidmatan awam pada masa kini berdepan dengan banyak cabaran  untuk terus kekal relevan dimata  rakyat.  Cabaran-cabaran ini menuntut agar perkhidmatan awam bertindak dengan lebih telus, bebas dari pengaruh luar serta memberikan dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.    

Dalam menuju ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi seperti yang digariskan oleh Wawasan 2020 dan konsep 1Malaysia, masa adalah semakin suntuk untuk Malaysia mencapai visi tersebut.  Perkhidmatan awam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan impian ini. 

Nilai integriti merupakan elemen yang penting dalam  usaha untuk menubuhkan negara maju bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga spiritual atau modal insan. Antara  langkah yang boleh diambil adalah untuk menanamkan nilai integriti dalam sanubari setiap penjawat awam semasa menjalankan tugas.
 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan Institut Integriti Malaysia bagi tujuan  tersebut. Oleh itu, adalah wajar supaya Institut ini digunakan dengan sepenuhnya bagi mencapai objektif melahirkan penjawat awam yang berintegriti. Sekiranya imtegriti tidak berjaya disemaikan,  sudah pasti cabaran untuk membina perkhidmatan awam yang telus, cekap dan bebas dari pengaruh tidak dapat dicapai. 

Adalah diperhatikan juga bahawa penjawat awam tidak bebas dalam membuat keputusan yang penting semasa menjalankan tugas. Walaupun hakikat sebenar, penjawat awam menpunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat, namum sering kali terdapat campur tangan politik dalam pentadbiran. Ini menyebabkan segala keputusan tidak telus dan mungkin bukan dalam  'best interest' rakyat. 

Sehubungan ini, saya berpendapat  jika integriti dapat disematkan dalam diri, adalah tidak mustahil untuk Malaysia menjadi negara maju    yang setanding dengan negara  yang lain. 

Neo Su Bing
Sidang E

No comments:

Post a Comment