Sunday, 8 January 2012

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Perkhidmatan awam pada masa kini berdepan dengan banyak cabaran  untuk terus kekal relevan dimata  rakyat.  Cabaran-cabaran ini menuntut agar perkhidmatan awam bertindak dengan lebih telus, bebas dari pengaruh luar serta memberikan dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.    

Dalam menuju ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi seperti yang digariskan oleh Wawasan 2020 dan konsep 1Malaysia, masa adalah semakin suntuk untuk Malaysia mencapai visi tersebut.  Perkhidmatan awam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan impian ini. 

Nilai integriti merupakan elemen yang penting dalam  usaha untuk menubuhkan negara maju bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga spiritual atau modal insan. Antara  langkah yang boleh diambil adalah untuk menanamkan nilai integriti dalam sanubari setiap penjawat awam semasa menjalankan tugas.
 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan Institut Integriti Malaysia bagi tujuan  tersebut. Oleh itu, adalah wajar supaya Institut ini digunakan dengan sepenuhnya bagi mencapai objektif melahirkan penjawat awam yang berintegriti. Sekiranya imtegriti tidak berjaya disemaikan,  sudah pasti cabaran untuk membina perkhidmatan awam yang telus, cekap dan bebas dari pengaruh tidak dapat dicapai. 

Adalah diperhatikan juga bahawa penjawat awam tidak bebas dalam membuat keputusan yang penting semasa menjalankan tugas. Walaupun hakikat sebenar, penjawat awam menpunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat, namum sering kali terdapat campur tangan politik dalam pentadbiran. Ini menyebabkan segala keputusan tidak telus dan mungkin bukan dalam  'best interest' rakyat. 

Sehubungan ini, saya berpendapat  jika integriti dapat disematkan dalam diri, adalah tidak mustahil untuk Malaysia menjadi negara maju    yang setanding dengan negara  yang lain. 

Neo Su Bing
Sidang E

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Sebagai penjawat awam, kita mestilah komited dengan sepenuhnya dan mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran akan datang demi untuk mesti mencapai visi untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi, aman, selamat dan bersatu, dengan keadilan sosial. Untuk itu Dato Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan dan memperjuangkan semangat 1Malaysia demi kepentingan rakyat. Pelan hala tuju ini memaparkan jalan untuk menangani keperluan dan permasalahan asas rakyat.

Penjawat awam memainkan peranan demi untuk memacu transformasi untuk mencapai Wawasan 2020 dan menunaikan hasrat rakyat mendahulukan rakyat dan menyampaikan hasil yang besar dengan cepat. Oleh itu amatlah penting untuk setiap penjawat awam untuk melakukan transformasi dan keluar dari zon selesa. Demi merialisasikan matlamat ini, antara langkah yang boleh diambil ialah sentiasa mendapatkan input daripada rakyat, belajar sambil bertindak dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi.

Dalam masa 5 hingga 10 tahun, saya melihat penjawat awam akan berjaya mencapai kemajuan berpandukan pada kadar pertumbuhan waktu ini, dan mampu merubah negara daripada negara berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi. Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah bukan sahaja mementingkan prestasi ekonomi, tetapi memperkukuh pentadbiran dalam sektor awam bagi membangunkan ekonomi. 
Satu lagi aspek penting transformasi yang diperkenalkan dalam menilai pengurusan prestasi penjawat awam iaitu terdiri daripada Pegawai Kerajaan dan Menter adalah Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagia KPI. Program ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dan menentang sebarang kecenderungan ke arah penetapan sasaran yang sederhana dan rendah. Untuk setiap peratusan KPI, mempunyai pendekatan dan tindakan yang boleh diambil berbeza-beza mengikut peratusan KPI. Sebagai contohnya, untuk KPI 60% hingga 69% langkah yang boleh diambila ialah dengan memberi bantuan, latihan dan sokongan penyelesaian masalah untuk mencapai sasaran dan untuk prestasi kurang 60% adalah dengan menyediakan bantuan tambahan dan mengaktivasikan pengurusan konsekuensi misalnya, perubahan komposisi dan struktur pasukan.Dengan cara ini, saya percaya setiap penjawat awam mampu mencapai KPI lebih 90% dan membawa Malaysia ke peringkat yang boleh dibanggakan.

Rahayu Rossley
781207-14-5296
Sidang E

Ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam dalam 5-10 tahun dari sekarang

   Kepimpinan yang unggul merupakan asas yang penting dalam organisasi yang cemerlang. Secara amnya, kepimpinan unggul bererti tindakan seseorang pemimpin itu yang dapat memimpin dan mempengaruhi anak-anak buah untuk mencapai misi, visi dan objektif sesebuah organisasi dengan bekerja secara berpasukan. Baru-baru ini kepimpinan dalam sektor awam ditransformasikan dengan mengikut cara dan corak pentadbiran syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLCs) yang dilihat sebagai contoh terbaik untuk diamalkan. Perubahan yang dibawa ini dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperlukan kerana ekspektasi rakyat kepada kerajaan dan tampuk kepimpinan kerajaan semakin meninggi. Bagi saya, ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam adalah mengenai kemampuan pemimpin untuk melaksanakan strategik, fleksibel, bijak, kental / tahan cabaran, bersatu & menyatukan dan adil.


STRATEGIK
   Saya merasakan perlunya pemimpin akan datang berupaya menyusun strategi yang efektif dan memenuhi keperluan rakyat. Penyusunan strategi bukan sesuatu yang mudah kerana masalah dan keperluan yang dihadapi oleh rakyat adalah pelbagai. Pemimpin perlu berupaya merancang strategi yang mampu menyelesaikan masalah semasa berbangkit dan menjangkakan strategi terus relevan bagi 5-10 tahun akan datang. Cabaran global mahupun tempatan sudah tentu berupaya melemahkan strategi yang dirancang kini tidak relevan di masa hadapan. Oleh itu, sememangnya jika strategi yang dirancang tidak mantap maka segala yang menyusuli selepas itu pasti tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Strategi yang mantap haruslah bersifat sukar digugat, disambut baik oleh orang ramai dan berkesan pada masa kini dan hadapan. Strategik yang mantap harus diikuti dengan pelaksanaan strategi yang berjaya. Pemimpin harus bijak mengunakan sumber sedia ada dan kepintarannya untuk memastikan pelaksanaan strategik yang licin dan berkesan. Sememangnya sepanjang pelaksanaan tersebut akan ada halangan-halangan, namun pemimpin harus bijak menjangkakan masalah tersebut dan cara menanganinya.Cara pemimpin menangani masalah pelaksanaan tersebut perluah mendapat persetujuan majoriti dan menggunakan kaedah yang mementingkan keutamaan semua pihak terlibat. Sesuatu masalah tidaklah harus ditangani untuk mencapai matlamat asal strategi dengan menggunakan cara / kaedah yang memudaratkan pihak-hak berkepentingan walaupun mereka golangan minoriti.

FLEKSIBEL
   Kepimpinan masa hadapan perlulah fleksibel dari beberapa aspek. Aspek pertama adalah kepimpinan dalam sektor kerajaan boleh dijawat oleh pegawai sektor swasta juga terutamanya GLCs dan juga kepimpinan sektor swasta boleh dijawat oleh pegawai kerajaan. Keperluan ini dilihat penting supaya kedua-dua pihak dapat merasai suasana bekerja di sektor berlainan dan penting seperti "mata baru" yang mampu melihat kelemahan di sektor itu dan cara mengatasinya. Aspek kedua adalah kepimpinan yang bukan sahaja "top down" tetapi juga "bottom up". Sesuatu keputusan itu tidaklah semestinya perlu dibuat oleh golangan atas tetapi boleh dibaut oleh golangan pertengahan dan bawah. Keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang terburu-buru ataupun keputusan lemah, tetapi merupakan satu keputusan yang baik dan diterima orang ramai. Fleksibel yang demikian adalah penting supaya memudahkan dan mempercepatkan urusan membuat keputusan dan pelaksanaannya. Aspek ketiga adalah pemimpin yang mampu mengikut arus perubahan dan mengadaptasikan pemikiran dan cara lama dengan yang baru. Keanjalan itu adalah penting agar organisasi tersebut dapat bersaing dalam era persaingan yang sengit dan komplek ini.

BIJAK
   Pemimpin masa hadapan perlulah bijak dan cekap serta mampu membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam situasi yang tertekan, tegang dan dalam jangka masa yang singkat. Kebolehan ini adalah sangat diperlukan terutama zaman ini yang memerlukan sesuatu masalah atau isu diselesaikan dengan kadar yang amat segera kerana ragam rakyat adalah amat mendesak. Pemimpin juga haruslah bijak memimpin dan menguruskan anak-anak buahnya supaya tugas dapat dilaksanakan dengan hati yang senang. Pemimpin perlulah berusaha mendapat hormat dan disegani oleh anak buah bukan kerana kedudukannya atau penonjolan kekuasaannya tetapi kehandalan / kehebatan dirinya yang disukai orang ramai. Pemimpin juga perlulah bijak membaca anak-anak buahnya supaya segala ketidakpuasan dan perkara yang kurang disenangi dapat dielakkan. Dan akhir sekali pemimpin harus bijak menggunakan pendekatan punitif, ganjaran dan pengiktirafan agar anak-anak buah terus dapat berkembang ke arah kecemerlangan.


ADIL
   Seseorang ketua patut mengamalkan sikap adil dan saksama dalam pembahagian tugas walaupun kakitangan bawahannya telah mempunyai skop tugas yang tetap namun pemantauan dari semasa ke semasa perlu dilaksanakan. Bersikap adil terhadap penerimaan pendapat dan idea yang boleh dipertimbangkan walaupun ianya datang daripada kumpulan sokongan. Dengan adanya pertimbangan yang baik, dari sudut pandangan 360 darjah pastinya pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih tepat. Ada ketikanya di pejabat berlaku situasi salah faham atau pertelingkahan seseorang ketua yang adil perlu melihat daripada pelbagai sudut dan pandangan bukan hanya dari sebelah pihak sahaja. Pertimbangan yang bijak perlu dibuat dan kes yang timbul perlu diselidiki sedalam-dalamnya sebelum sebarang tindakan dilaksanakan. Sikap tidak mudah terpengaruh perlu ada dalam diri setiap pemimpin yang baik kerana ia mencerminkan kematangan dan kebijaksanaannya.

KENTAL / TAHAN CABARAN
   Seorang pemimpin yang hebat haruslah mempunyai jati diri, pendirian yang tegas. Harus juga mempunyai semangat yang kuat ketika melaksanakan satu-satu tugas yang diarahkan. Ini adalah sangat penting kerana kumpulan sokongan akan melaksanakan satu-satu tugas yang diarahkan sekiranya mempunyai ketua yang sangat bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa walaupun berhadapan dengan situasi yang sukar. Pastinya ini akan memberi peransang yang baik kepada mereka.

BERSATU DAN MENYATUKAN
   Seseorang pemimpin yang baik haruslah mempunyai sikap mudah untuk bekerjasama. Sikap ini sangat penting untuk wujud dalam sesebuah organisasi agar susasana harmoni dapat dipupuk. Sekiranya kurang komunikasi dan interaksi antara kakitangan dan ketua kadangkala wujud jurang di antara mereka. Dikhuatiri sekiranya perkara ini terjadi kadangkala mesej atau arahan yang disampaikan tidak mencapai matlamat kerana tidak mencapai kata sepakat. Pemimpin yang baik juga mampu membina ukhuwah yang baik di kalangan kakitangan sekiranya ada yang tidak bertegur sapa, keadaan ini haruslah diperbaiki bagi memantapkan urusan kerja disesebuah organisasi.

KESIMPULAN
   Saya berpendapat perkara yang dibincangkan di atas merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam kepimpinan 5-10 tahun akan datang.

MOHAMAD FAISAL HAFIZ BIN MOHAMED RAMLI
831113-10-5069
SIDANG E

Ekspektasi Terhadap Perkhidmatan Awam

Sinar 2012 telah menjengah tiba 8 hari yang lalu. Ini bermakna tanggal 1 Januari 2020 di mana Malaysia bakal mencapai status sebuah negara maju hanya tinggal kurang daripada 8 tahun sahaja. Sesungguhnya, selain memerlukan kepimpinan politik yang dinamik, sektor swasta yang berdaya saing serta rakyat yang bersatu padu dan mendukung wawasan negara, langkah Malaysia ke arah mencapai negara maju lantas mengekalkan status tersebut juga memerlukan kepimpinan sektor awam yang  serius, berpandangan jauh dan bergerak seiring dengan iltizam pucuk pimpinan Negara.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai dasar dan perancangan telah diperkenalkan oleh kerajaan dan mendapat dukungan perkhidmatan awam seperti Buku Hijau, Rancangan Malaya/Malaysia, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan Negara dan Dasar Pertanian Negara. Kesemua dasar dan perancangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bermatlamat bagi membangunkan negara tercinta ini dan sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi warganya lantas menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Terkini, susulan peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2009, Malaysia kini berada dalam ledakan era transformasi melalui pengenalan dan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (NEM) dan Gagasan 1Malaysia. Dasar dan perancangan tersebut bermatlamat bagi memacu Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Ini bermakna, dasar dan perancangan berkenaan merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991.
Jika diamati kandungan GTP, ETP, NEM dan Gagasan 1Malaysia, sesungguhnya dasar dan perancangan tersebut mempunyai visi dan misi yang tinggi serta berjiwa besar.  Dalam hal ini, kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia dan anggotanya selaku penggerak utama kerajaan Malaysia perlu menghayati sepenuhnya dasar dan perancangan tersebut dan merealisasikannya.
Lantaran itu, sebagai permulaan para penjawat awam perlu terlebih dahulu diberikan kefahaman sepenuhnya mengenai perkara tersebut. Di samping itu, perkhidmatan awam juga wajar bekerjasama erat dengan sektor swasta dengan mewujudkan pakatan strategik supaya dasar dan perancangan ini dapat direalisasikan lantas menggerakkan ekonomi Malaysia ke arah status negara maju. Selain itu, pelbagai lapisan rakyat Malaysia juga amat perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai perkara ini memandangkan mereka merupakan “sumber penting” yang dapat memastikan kejayaan Malaysia kelak. Hal ini juga memerlukan peranan penting oleh perkhidmatan awam Malaysia.
Kesimpulannya, perkhidmatan awam Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam merealisasikan dasar dan perancangan kerajaan ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi seterusnya mengekalkan status tersebut. Kepimpinan perkhidmatan ini amat wajar mempunyai matlamat yang jelas berhubung perkara ini dan sesungguhnya dukungan erat oleh semua penjawat awam adalah sesuatu yang mutlak.
Oleh: Mohamed Helmi Bin Deris @ Abdullah
          850905-14-6591
          Sidang E

Ekspektasi Terhadap Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum w.b.t.

Perkhidmatan awam di mana-mana negara sering menjadi kritikan dan tomahan pelbagai pihak. Kebanyakan besar isu-isu yang diutarakan sering dikaitkan dengan dasar, isu kecekapan, penyampaian perkhidmatan dan integriti. Penjawat awam sering dilihat sebagai tidak cekap dan ketinggalan zaman dari pelaksanaan dasar.

Untuk mentadbir negara masa kini, perkhidmatan awam yang perlu berdasarkan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan. Satu titik keseimbangan perlu dicapai dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar dan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awan perlu lebih realistik dan tidak hanya berdasarkan slogan semata-mata.

Saya mengharapkan sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan releven dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Satu perkara yang menjadi tunjang kepada ekspektasi ini adalah setiap seorang dari perkhidmatan awam perlu meletakkan dirinya di tempat golongan sasaran dalam merangka dasar, melaksanakan program,menyampaikan perkhidmatan dan berkomunikasi dengan  orang awam. Dengan menyampaikan perkhidmatan dengan empathy, isu-isu integriti, keikhlasan, kesungguhan, kecekapan dan kualiti akan terjawab dengan sendirinya. "Janganlah kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak mahu orang lain lakukan kepada mu".

Sekian, terima kasih.

Muhammad Yusuf Abdullah

820831-10-5107

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Jika kita meluangkan masa melepak di kedai kopi pada waktu sekarang, isu-isu panas seperti Anwar Ibrahim, demonstrasi 901, pilihanraya umum ke 13, MyKad baru, Amalina Che Bakri tidak boleh tidak pastinya akan menjadi topik perbualan. Yang menariknya, semua isu ini mereka kaitkan dengan kerajaan. Polis, Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Pilihanraya, semuanya mereka maksudkan dengan kerajaan.

Kenapa agaknya mereka begitu berminat bercakap mengenai kerajaan? Atau soalan yang lebih tepat ialah kenapa agaknya mereka menganggap semua kepincangan isu dalam negara ada kaitan dengan kerajaan? Saya menganggap perkara ini perlu diberi perhatian kerana sesebuah kerajaan akan dikatakan kerajaan yang baik hanya jika perkhidmatan awam berada di tahap cemerlang.

Kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sememangnya telah banyak mengubah landskap dan suasana perkhidmatan awam negara. Bermula dengan pengumuman Key Performance Indicator (KPI), seterusnya  National Key Repository Area (NKRA), Economy Transformation Program (ETP), Government Transformation Program (GTP), Politic Transformation Program (PTP), Blue Ocean Strategy, dan yang terbaru Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  menjadikan perkhidmatan awam dilihat ‘segar’, re-branding dan menepati kehendak masyarakat semasa. Namun begitu, fasa perubahan ini akan kekal statik dalam keadaan begini jika tiada kumpulan pelapis dan pelaksana bagi meneruskan agenda perubahan ini.

Perkhidmatan awam dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang akan menjadi lebih efisien kerana dasarnya yang kukuh telah dibina mulai sekarang. Agenda NKRA, projek-projek Blue Ocean Strategy, dasar-dasar ETP serta misi kerajaan seterusnya tidak harus berhenti meskipun jika ada perubahan tampuk pemerintahan sekalipun. Ia sewajarnya dijadikan misi nasional dan dianggap penting oleh setiap rakyat Malaysia amnya serta anggota perkhidmatan awam khususnya.

Jika semangat begini boleh diterapkan, pasti topik-topik perbualan di kedai kopi akan menjadi lebih bernas malah kedai kopi mungkin boleh dijadikan salah satu platform di mana idea dan dasar-dasar kerajaan dapat dibincang dan ditambahbaik secara santai tetapi juga efektif.

Oleh :

Nurul Syahmiza binti Md Isa
850410-025210

Ekspektasi Terhadap Perkhidmatan Awam Dalam Tempoh 5 Hingga 10 Tahun Akan Datang

          Perkhidmatan awam telah lebih lima dekad menjadi tunjang dan nadi kepada pembangunan negara.  Sekali air bah sekali pantai berubah. Salah satu hakikat zaman adalah perubahan; Untuk maju manusia perlu sentiasa berada di hadapan keluk perubahan manakala untuk kekal di hadapan manusia perlu menerajui perubahan, sebaliknya jika hanya bernostalgia dengan sejarah kejayaan lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru akan menyebabkan gejala jumud dan beku membudaya. Oleh itu rakyat berharap setiap generasi penjawat awam membuktikan kerelevanan mereka kepada rakyat dengan mencipta semula peranan mereka sesuai dengan masa. Melalui kaedah ini barulah mereka boleh memainkan peranan secara berkesan sebagai pemelihara kepentingan awam.

          Penjawat awam Malaysia mempunyai reputasi yang amat cemerlang bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga di peringkat rantau dan antarabangsa. Perkhidmatan awam Malaysia perlu memainkan peranan yang pro-aktif di dalam proses transformasi negara . Kayu ukur dan tanda aras hari ini telah berubah akibat proses globalisasi, ledakan maklumat dan peningkatan taraf sosio ekonomi rakyat. Sesungguhnya penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah satu kesinambungan kepada transformasi berterusan sektor awam yang telah dimulakan sejak lama dahulu.

          Model baru ekonomi adalah bagi Malaysia meningkatkan statusnya dari sebuah negara “upper middle income” kepada negara “high income” dan dalam masa terdekat meletakkan kita kembali di landasan yang betul bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju. Sektor perkhidmatan awam perlu memainkan peranan  kerana sejarah telah membuktikan bahawa penjawat awam telah berjaya membantu dalam proses transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian berubah menjadi sebuah negara perindustrian moden sehingga Malaysia muncul di kalangan 20 negara perdagangan terbesar di dunia.

          Bagi menjayakan segala perubahan yang diperlukan negara dalam perjalanan kita untuk memastikan Malaysia terus aman, maju dan makmur pada abad ke-21, kita memerlukan sebuah persekitaran yang kondusif untuk semua rakyat Malaysia mengoptimakan potensi mereka. Di sini peranan sebuah perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsif, luwes dan berani berubah adalah amat mustahak.

          Rakyat memerlukan perkhidmatan awam yang sesuai dengan pencapaian kejayaan pada alaf baru ini.  Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tidak mencipta kekayaan. Peranan ini dimainkan oleh sektor swasta yang mencipta kekayaan, dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip di dalam bentuk cukai korporat. Hasil ini seterusnya digunakan bagi membangunkan negara dan untuk membayar gaji kakitangan awam. Sektor awam perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan tanpa mengenepikan peranan mereka sebagai pemelihara kepentingan awam. Penjawat awam sekali-kali tidak boleh menjadi penghindar proses penciptaan kekayaan ini kerana jika mereka berbuat demikian, yang akan rugi pada analisa akhirnya adalah rakyat.

          Sektor awam perlu anjakan paradigma daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara dan menyenangkan rakyat. Hari ini terdapat tanggapan bahawa pentadbiran awam berada di belakang keluk perubahan negara mahupun global. Untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, orang ramai memerlukan sektor awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan berani membuat perubahan. Perkhidmatan awam tidak boleh terus-terusan mengamal tatacara kerja yang usang, menyulitkan lagi melambatkan jikalau ia dapat dilaksanakan atau disiapkan dalam masa yang cepat. Perkara ini boleh dilaksanakan jika ada kemahuan, usaha dan tekad, ia tidak mustahil.  

          Penjawat awam juga perlu anjakan dari paradigma produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan innovasi. Produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan innovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam Malaysia. Dengan kemajuan teknologi maklumat produktiviti setiap pegawai dan kakitangan boleh dioptimakan. 

        
Nur Hafizah bt Abdullah 
840802-05-5014 
Sidang E    

EKSPEKTASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM 5-10 TAHUN AKAN DATANG

Perkhidmatan Awam sememangnya merupakan satu topik yang masih menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia terutamanya berhubung prestasi agensi-agensi yang berkhidmat secara terus dengan orang awam. Namun, banyak perubahan telah dilakukan oleh Perkhidmatan Awam dan hal ini diakui oleh orang ramai yang semakin berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Tempoh 5 - 10 tahun ini adalah sangat getir memandangkan negara sedang menuju ke arah merealisasikan Wawasan 2020 yang kini tinggal 8 tahun sahaja lagi. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar dan polisi adalah diharapkan Perkhidmatan Awam mampu memberikan hasil yang memuaskan semua pihak. Perubahan dan transformasi perlu sentiasa dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

Walau bagaimanapun, isu rasuah masih dilihat sebagai satu isu yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Kejatuhan ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah saban tahun sedikit sebanyak menunjukkan kelemahan Perkhidmatan Awam dalam mengendalikan isu ini. Adalah diharapkan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang, ranking Malaysia akan bertambah baik.

Pengenalan sistem saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) turut menjadi perhatian. Ekspektasi terhadap perlaksanaan sistem ini sangat tinggi bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja penjawat awam. Pelaksanaan sistem ini pastinya akan membuatkan penjawat awam akan bersaing secara sihat antara satu sama lain untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi.

Kesimpulannya, masih banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam ke tahap seterusnya.

NIK AKHTARULHAQ BIN NIK ABDUL RAHMAN
820629035977
SIDANG E

EKSPEKTASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5 HINGGA 10 TAHUN AKAN DATANG

Secara peribadi ekspektasi terhadap perkhidmatan awam di masa hadapan adalah sebuah jentera yang bebas dari sebarang pengaruh, lebih berobjektif dan fokus terhadap bidang atau aktiviti yang paling berhasil serta tidak berulang atau bertindih di antara satu sama lain. Untuk ini, fungsi dan bilangan agensi,sistem dan prosedur serta sumber manusia perlu dikaji semula secara menyeluruh. Di samping itu niat untuk berkhidmat kepada masyarakat, sikap cintakan negara dan mendahulukan kepentingan orang ramai perlu mengatasi niat-niat peribadi di segenap lapisan penjawat awam  dan perkara ini boleh diambil kira dalam urusan SPA disamping penilaian terhadap kebolehan secara individu dan kolektif. Dalam solat pun  tertib yang pertama adalah niat.

Ini kerana perkhidmatan awam di Malaysia pada masa ini sedang berdepan dengan cabaran yang paling besar dalam usaha negara menuju ke arah negara maju menjelang 2020. Masa sudah semakin suntuk dan petanda-petanda setakat ini tidaklah begitu memberangsangkan.Sebagai tunjang utama Negara, kegagalan perkhidmatan awam pada masa ini untuk bukan terlebih dahulu untuk berubah tetapi menyedari hakikat ini boleh menyebabkan negara kita berdepan dengan risiko terhumban ke kelompok negara dunia ketiga.

Syukurlah pihak kerajaan telah sedar mengenai perkara ini dan sudahpun mengorak langkah yang sesuai bagi memastikan perkhidmatan awam pada dalam masa 5 sehingga 10 tahun yang akan datang adalah merupakan suatu perkhidmatan awam yang kejat ,dinamik dan berkesan. Antara langkah-langkah yang diambil adalah dengan pengenalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan juga Outcome Based Budget(OBB) dan sebagainya dengan harapan dapat menzahirkan penjawat awam berkualiti dan mempunyai nilai terbaik.

Kita telah melihat perkhimatan awam pada masa kini sedang mengorak langkah dan mula bergerak ke arah perubahan. Sama ada kita berani turut serta atau kekal selesa bukan lagi pilihan, tetapi adalah tanggungjawab kita.

Mohammed Arfazheel bin Amsir
830131125261
Sidang E DPA 1/2011

Saturday, 7 January 2012

EKSPEKTASI TERHADAP KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM DALAM 5-10 TAHUN AKAN DATANG

EKSPEKTASI TERHADAP KEPIMPINAN PERKHIDMATAN AWAM
DALAM 5-10 TAHUN AKAN DATANG


Kepimpinan yang 100% Mengamalkan Prinsip “People First”
Prinsip “Rakyat Didahulukan” memerlukan seorang pemimpin lebih prihatin terhadap keperluan dan kepentingan rakyat.  Rakyat kini telah menjadi lebih bijak dan telah meletakkan kepuasan hati mereka sebagai satu penanda aras bagi pemimpin. Seorang pemimpin direkod telah mencapai KPInya setelah berjaya memberikan kepuasan kepada rakyat yang berurusan dengannya. Sebagai sebuah negara yang terdiri dari kalangan rakyat berbilang kaum, pemimpin mendukung ekspktasi rakyat menjalankan amanah dengan adil dan saksama.  Pemimpin wajib mengenalpasti ‘titik sentuh’nya sama ada di kota mahupun di desa. ‘Titik sentuh’ perlu disulam dengan komitmen dan kesungguhan yang penuh supaya rakyat dapat merasakan impak yang dijanjikan. Dalam erti kata lebih mudah, rakyat mahukan segala masalah mesti dikaji dengan kadar yang segera dan seterusnya diselesaikan secara total.

Rakyat memerlukan kepimpinan yang mempunyai ketetapan minda (mindset) yang sentiasa membawa perubahan demi memberikan perkhidmatan yang terbaik. Rakyat juga akan meletakkan kepuasan mereka sebagai sesuatu yang perlu diutamakan kerana tahap kepuasan pelanggan merupakan satu indikator utama yang menunjukkan kepimpinan awam itu harus kekal relevan atau tidak. Kejayaan sesebuah kepimpinan awam juga diukur menerusi penyampaian perkhidmatan yang menepati kehendak dan cita rasa pelanggan. Kepimpinan yang mendahulukan rakyat meletakkan segala rungutan rakyat sebagai satu maklum balas yang terbaik untuk mengetahui keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatannya sama ada sampai atau tidak ke peringkat akar umbi. Kesimpulannya, rakyat memerlukan kepimpinan yang berupaya merancang secara rapi dan teliti seterusnya menyediakan perkhidmatan yang kreatif, inovatif serta menjangkaui ekspektasi dan kehendak pelanggan, secara efektif dan berkesan.

 
Kepimpinan yang 100% Mengamalkan Prinsip “Performance Now”
Penekanan kepada prinsip “Performance Now” telah menjadi begitu penting kerana rakyat tidak lagi mahu mendengar cakap-cakap kosong, sebaliknya mereka ingin melihat sendiri bukti dan kesan positif di peringkat akar umbi hasil daripada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan awam. Oleh itu, sesuatu projek, program atau perkhidmatan hendaklah dilaksanakan dengan cepat bagi memastikan keberkesanan serta impak dapat dirasai seperti yang diinginkan oleh rakyat.  

Rakyat akan mahukan prinsip “Pencapaian Diutamakan” diberi perhatian yang penuh oleh semua agensi Kerajaan khususnya para penjawat awam. Rakyat  mahukan  setiap tindakan yang diambil sentiasa mengamalkan prinsip ketepatan, sikap yang serius dan kesempurnaan. Rakyat juga mahukan setiap projek pembangunan disiapkan mengikut jadual. Hanya dengan cara ini, keyakinan rakyat terhadap budaya pelaksanaan dan penguatkuasaan oleh kepimpinan awam dapat dikembalikan.

Kepimpinan yang Lebih Telus, Cekap dan Berintegriti
Pembangunan  dan kejayaan negara adalah bergantung kepada sikap yang positif serta moral yang tinggi dalam sistem pengurusan dan pentadbiran. Ini merupakan batu asas yang harus di tanamkan di setiap jiwa penjawat awam supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing seterusnya melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping mempunyai sikap amanah dan berintegriti.

Secara khususnya, rakyat mempunyai ekspektasi terhadap kepimpinan awam seperti berikut:

a)    Kepimpinan yang 100% berintegriti secara istiqamah:
·                     mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah,
·                     berkecuali iaitu tidak memihak kemana-mana atau berat sebelah,
·                     tidak mementingkan diri sendiri; dan
·                     tidak khianat, hasad dan dengki.

b)    Kepimpinan yang 100% cekap sentiasa istiqamah:
·                     berani dan cepat membuat keputusan,
·                     menghadapi krisis dengan tenang,
·                     bersikap tegas kepada prinsip,
·                     mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja,
·                     mempunyai keyakinan diri,
·                     berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif;dan
·                     berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang
tertentu.

Kepimpinan yang 100% amanah sentiasa istiqamah:
·                rela dan cuba sedaya upaya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan iklas bagi mencapai objektif yang ditetapkan; dan
·                mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi


Kepimpinan yang Mengamalkan Prinsip “Value for Money”
Kepimpinan awam di masa akan datang diharapkan sentiasa mengamalkan strategi-strategi berasaskan prinsip ‘value for money’ atau ‘return of investment’.  Antara strategi yang sedang dipupuk pada ketika ini adalah ‘value management’ dan ‘outcome based budgeting’ yang mirip kepada pendekatan yang selama ini digunapakai oleh pihak swasta. 

Kepimpinan awam dikehendaki mengikis rasa kebergantungan terhadap peruntukan kerajaan dan norma-norma kerja sedia ada semata-mata sebagai satu ‘prerequisite’ sebelum melaksanakan sesuatu program atau tugas.  Kepimpinan awam mesti mempunyai mentaliti seperti kepimpinan swasta. Setiap RM0.01 yang dibelanjakan mesti mesti mendatangkan ‘return of investment’ dan ‘tangible outcome’ yang diinginkan.  Segala sumber (termasuk sumber manusia, aset, masa dan tenaga) yang ada wajib dikira sebagai satu pelaburan dan mesti digembleng secara optimum bagi menjamin pelangan yang maksimum.

Dalam SBPA yang diperkenalkan baru-baru ini, penjawat awam kini mempunyai peluang menikmati gaji dan kemudahan-kemudahan yang setanding dengan pihak swasta malah dalam beberapa aspek, lebih baik berbanding dengan apa yang dinikmati oleh rakan-rakan dalam sektor swasta.  Dengan ganjaran yaang hebat sebegini, ekspektasi rakyat terhadap kualiti kerja kempimpinan awam dijangka meningkat berkali-kali ganda.  Dalam erti kata lain, rakyat akan menilai setiap penjawat awam sama ada mereka ini ‘value for money’ atau tidak.  Sekiranya sebelum ini rakyat mengkategorikan projek-projek kerajaan yang terbengkalai atau tidak berfaedah sebagai ‘membazirkan duit rakyat’ kini label yang sama bakal diberikan kepada penjawat-penjawat awam yang gagal memenuhi ekspektasi mereka.                  

Kepimpinan yang Lahir dari Proses Transformasi yang Berjaya
Dalam arus globalisasi di mana segalanya harus cepat, tepat (kepada titik sentuh) dan berimpak tinggi,  rakyat akan mudah bosan dengan pendekatan-pendekatan yang kuno.  Segala proses pembaikan terhadap sistem yang digunapakai mesti disiapkan dengan kadar yang segera dan diperbaharui dari masa ke masa supaya setanding dengan sistem terbaik yang ada pada ketika itu.  Rakyat semakin lama semakin lebih ‘mobile’ di mana mereka lebih kerap berkunjung ke negara lain.  Dalam masa yang sama, maklumat boleh diperolehi di hujung jari dan ia bersifat ‘real time’.  Kesan langsung yang boleh dijangka adalah rakyat akan lebih bijak dalam meletakkan ‘benchmark’ kepada sistem yang diamalkan oleh kepimpinan tempatan berbanding dengan sistem yang diamalkan di negara-negara lain.  Dalam erti kata lain, kepimpinan awam tidak mempunyai pilihan lain selain dari melengkapkan proses transformasi yang sedang giat dilaksanakan pada ketika ini supaya hasilnya dapat dituai dan dibuktikan kepada rakyat.

Bagi menjamin transformasi yang yang berjaya, PEMANDU telah memperkenalkan ‘6 Secrets from Good to Great Transformation’.  Dari segi takrifannya, transformasi memerlukan kepimpinan awam melakukan perubahan menyeluruh dalam:

·                     Cara kepimpinan awam melaksanakan tugas-tugasnya (doing); dan
·                     Karakter kepimpinan awam tersebut (being)

6 rahsia yang dimaksudkan adalah:-
a)           The game of impossible
·      Olympic target
·      Conquer the fear of failure

b)           KPI anchorage
·      Anchor on Key Performance Indices

c)            Discipline of action
·      Plan and track results (daily, weekly, monthly)
·      Reward and celebrate success

d)           Situational leadership
·      Directive in the beginning of the journey
·      Empower in the later part

e)           Winning coalition
·      Collaborate with key partners and stakeholders

f)             Divine intervention
·      A lot of things are outside of our control (>60%)

Justeru itu, ekpektasi terhadap kepimpinan awam perkhidmatan awam dalam tempoh 5 hingga 10 tahun mendatang ini amat tinggi dan sebagai penjawat awam wajarlah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab yang telah diberikan.

Nuuraulia Md. Isa
800703146002
Sidang E, DPA 1/2011


EKSPEKTASI PERKHIDMATAN AWAM DALAM MASA 5-10 TAHUN AKAN DATANG

Perkhidmatan Awam kini berhadapan dengan pelbagai cabaran besar dalam menangani perubahan persekitaran yang memberi kesan langsung kepada ekspektasi rakyat dan stakeholders ke atas prestasi perkhidmatan yang disampaikan. Perubahan ini menuntut Perkhidmatan Awam bertindak secara lebih bijak dan berperancangan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi yang melangkaui ekspektasi rakyat dan stakeholders.

Salah satu teras strategik yang telah diberikan fokus dalam agenda transformasi Sektor Awam ialah pemerkasaan agensi barisan hadapan. Ini adalah kerana peranan agensi tersebut adalah begitu kritikal bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai perkhidmatan yang diberikan kepada pelabur dan penggiat industri. Keberkesanan Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 bergantung kepada kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam yang memberi impak positif kepada seluruh rakyat.

Penggubalan Pelan Strategik Organisasi sebagai rujukan utama dalam melaksanakan strategi penting untuk mencapai visi dan misi organisasi; pelaksanaan Business Process Reengineering (BPR) bagi menambah baik sistem dan prosedur kerja sedia ada; melaksanakan amalan terbaik; membangunkan Pelan Strategik ICT (ISP); dan melaksanakan aplikasi e-Government yang terpilih dan lain-lain inisiatif yang telah dilaksanakan adalah bagi memperkasakan organisasi Kerajaan. Kesemua inisiatif ini akan menyumbang kepada pemantapan sistem penyampaian bagi memenuhi permintaan rakyat dan meningkatkan daya saing negara selaras dengan matlamat RMKe-10 dan Model Baru Ekonomi.

Dalam banyak keadaan kita masih perlu membuat pembaharuan kerana terdapat banyak proses-proses kerja yang lapuk dan boleh diubah selagi ianya tidak melanggar prinsip integriti dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Sektor Awam khususnya agensi barisan hadapan yang cekap akan berupaya menjadi pemudah cara yang berkesan kepada sektor swasta. Lantaran itu, sektor swasta akan mendapat manfaat daripada dasar-dasar yang memudahkan cara perniagaan dan seterusnya meningkatkan keberkesanan mereka.

Semua peringkat warga dalam sesebuah agensi haruslah bersedia untuk merubah minda dan cara bekerja supaya dapat menerima dan menggerakkan inisiatif-inisiatif transformasi yang diperkenalkan mencakupi keseluruhan aspek organisasi. Berdasarkan semua strategi yang sedang dilaksanakan, perkhidmatan awam akan menjadi lebih dinamik dan berkualiti dalam masa 5-10 tahun akan datang. Walaupun begitu, momentum ini hendaklah dikekalkan dan dipertingkatkan kerana pada masa yang sama negara-negara lain juga sedang menggiatkan daya saing mereka. Jika kita berpuas hati dengan apa yang ada tersebut, tidak mustahil kedudukan kita akan merosot dalam masa yang singkat.


MOHD KHAIRI BIN MOHD HANAFIAH
841213-14-5331
SIDANG E, DPA BIL.1/2011

EKSPEKTASI PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5-10 TAHUN AKAN DATANG

Perkhidmatan awam telah menjalani transformasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkhidmatan yang cekap dan kejat menjadi matlamat perkhidmatan awam dalam usaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang dambakan penambahbaikan dalam pelbagai aspek pentadbiran Kerajaan. Rakyat kini lebih bijak menilai dan lebih berani melontarkan pelbagai pendapat dan cadangan untuk meningkatan lagi perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, maka tidak hairanlah inovasi dalam perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan karenah birokrasi yang membosankan rakyat. Masa untuk memproses sesuatu permohonan atau untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan wajar dipendekkan untuk memberi keselesaan kepada rakyat berurusan dengan Kerajaan. ‘Sense of Urgency’ di kalangan penjawat awam juga perlu diperkemaskan supaya perkhidmatan yang diberikan lebih cepat, cekap dan telus.

Selain itu, mentaliti penjawat awam juga perlu diubah untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan terpenting dalam memacu perkembangan ekonomi, politik dan sosial Negara. Budaya makin gaji dan kerja sambil lewa perlu dikikis bagi membolehkan matlamat tersebut dicapai. Pengenalan kepada Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) memberikan dorongan dan motivasi kepada penjawat awam untuk meningkatkan kualiti dan mutu kerja di samping memperoleh penghargaan sewajarnya daripada Kerajaan. Ini membolehkan penjawat awam berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi diri dan organisasi kearah mencapai matlamat dan wawasan Negara.

Dengan kecanggihan teknologi maklumat di samping peningkatan jaringan telekomunikasi, perkhidmatan awam pasti akan mengorak langkah seiring dengan ledakan arus globalisasi. Perkhidmatan awam akan mudah dicapai oleh rakyat. Proses dan prosedur akan menjadi lebih mudah dan tepat. Semuanya akan berada di hujung jari rakyat.

Kesimpulannya, ekspektasi perkhidmatan awam dalam tempoh 5-10 tahun akan datang pasti akan menjadi lebih baik dan mesra rakyat.

NOR DALILA BINTI IBRAHIM
850319105922
SIDANG E, DPA 1/2011

EKSPEKTASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5-10 TAHUN AKAN DATANG

Pelbagai persepsi dan pandangan masyarakat terhadap perkhidmatan awam masa kini. Dari sudut positifnya, kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam mempunyai masa depan cerah termasuk dari segi imbuhan, kenaikan pangkat dan sebagainya manakala dari sudut negatifnya, perkhidmatan awam ketika ini tidak mencabar, penuh birokrasi dan sukar mengembangkan kerjaya dan sebagainya. Pandangan dan persepsi yang berbeza ini perlu dilihat dengan lebih mendalam sekiranya hasrat dan matlamat menuju kerajaan ke arah Wawasan 2020 ingin dicapai. Jika dihitung hanya tinggal 8 tahun sahaja lagi dan seharusnya kerajaan telah mempunyai persediaan yang rapi dan teratur dalam mentransformasikan dan memperkemaskan lagi sistem perkhidmatan awam.
Salah satu cabaran utama kepada perkhidmatan awam pada hari ini ialah memenuhi kepuasan pelanggan samada orang luar atau penjawat awam sendiri. Adalah sukar untuk memuaskan hati kehendak dan tuntutan pelanggan yang sentiasa berubah mengikut kehendak dan senario semasa. Justeru, dalam tempoh 5-10 tahun akan datang ini, kerajaan perlu sentiasa berusaha memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang bersifat mesra pelanggan ini berterusan dan sentiasa dilakukan penambahbaikan bagi meminimakan aduan pelanggan. Langkah kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mentransformasikan dan memodenkan perkhidmatan awam adalah diharapkan akan berjaya dan perlu diisi dengan program-program yang dapat memberi impak dan kesan yang terbaik dalam jangka panjang.

Selain itu, dalam tempoh 5-10 tahun akan datang ini adalah diharapkan penyakit sosial di kalangan penjawat awam menemui penawarnya. Walaupun hasrat itu agak sukar untuk tercapai tetapi kerajaan perlu memastikan usaha dan pemantauan yang berterusan dalam memastikan penyakit sosial seperti masalah rasuah, pecah amanah dan sebagainya ini dapat dikurangkan. Justeru, kerajaan perlu memastikan penerapan nila-nilai murni seperti integriti, amanah dan bertanggungjawab perlu ada pada setiap penjawat awam. Bagi mengekalkan kemajuan negara, sikap buruk seperti amalan rasuah dan menyeleweng perlulah dihindarkan.

Laluan kerjaya perlu dipermudahkan supaya keseluruhan jentera perkhidmatan awam ditunjangi pegawai berwibawa, cemerlang serta mempunyai pengalaman luas untuk diberikan kenaikan pangkat. Ini bermakna tiada lagi istilah pilih kasih diamalkan. Usaha kerajaan dalam memperkenalkan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jelas melihatkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam Perkhidmatan Awam. Melalui SBPA ini, dapat dilihat perkhidmatan awam bersifat lebih fleksibel dan terbuka serta melahirkan modal insan yang lebih berkualiti. Adalah menjadi harapan supaya dengan pelaksanaan SBPA ini, kakitangan awam dapat meningkatkan produktiviti ke suatu tahap yang tinggi, berprestasi tinggi serta membudayakan cara bekerja baru.
Penjawat awam juga perlu memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan am agar hak dan kepentingan mereka tidak lagi diperlekehkan. Mereka perlu mempelbagaikan lagi kemahiran diri dan tidak hanya bertumpu kepada kemahiran dan kepakaran dalam satu bidang sahaja. Sikap dan mentaliti yang hanya menanti imbuhan dan ganjaran yang bakal diperolehi perlu diubah sekiranya penjawat awam ingin berdaya saing dan setanding dengan penjawat awam di negara-negara luar. Ganjaran dan imbuhan yang diperolehi perlulah seiring dengan sumbangan yang telah mereka beri bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada perkhidmatan awam itu sendiri.

Kesimpulannya, penjawat awam perlulah bersama-sama mengembleng usaha, idea dan tenaga dalam merealisasikan transformasi dan perubahan perkhidmatan awam yang jitu. Dengan adanya kesepakatan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan, maka impian menjadikan perkhidmatan awam sebagai yang terbaik dalam menuju ke arah Wawasan 2020 akan menjadi satu kenyataan.


PB SITI NOOR AZURA BT B SAHARUDIN
840909-14-5108
SIDANG E PTD 1/2011

Friday, 6 January 2012

EKSPEKTASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5 HINGGA 10 TAHUN AKAN DATANG

Perkhidmatan Awam di Malaysia pada hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut kepada perlbagai perubahan bagi memastikan kewujudannya terus relevan. Fenomena seperti knowledge-base economy (k-economy), globalisasi, liberalisasi, urbanisasi, ledakan teknologi dan revolusi digital telah menyebabkan satu perubahan dan anjakan paradigma kepada persekitaran global pada hari ini. Cabaran-cabaran ini dilihat sebagai satu yang kritikal dalam tempoh lima (5) hingga ke sepuluh (10) tahun akan datang dan langkah-langkah yang luar biasa diperlukan bagi memastikan perkhimatan awam terus mampu memacu Malaysia ke arah negara maju sejajar dengan wawasan negara kita Wawasan 2020.

Antara langkah yang difikirkan perlu bagi mengukuhkan institusi Perkhidmatan Awam di Malaysia dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang adalah dengan cara memperbaiki sistem penyampaian melalui pengukuhan kerajaan, mengemasikini proses pentadbiran dan pengukuran prestasi. Pengukuhan kerajaan disini bermaksud melakukan transformasi kepada perkhidmatan awam secara dalaman mahupun luaran. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan baru-baru ini dilihat merupakan sebagai satu langkah yang tepat dan wajar diambil oleh pihak kerajaan kerana melalui SBPA secara tidak langsung kita dapat memantapkan jentera pentadbiran pentadbiran awam. Perkhidmatan Awam perlu juga melihat proses pentadbiran masa kini. Ianya perlu sentiasa di kemaskini  agar tidak ketinggalan dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan dimasa yang sama perkhidmatan awam mendapat manfaat daripadanya. Pendek kata disini adalah win-win situation. Pengukuran prestasi secara Key Performance Indicator (KPI), National Key Result Area (NKRA) adalah langkah yang bertepatan dan dilihat sebagai sangat praktikal bagi memastikan hala tuju negara sentiasa berada pada landasan yang betul.

Perkhidmatan Awam juga wajar memberikan fokus kepada kecekapan menguruskan dana sektor awam dan melakukan pemantauan terhadap prestasi kewangan negara. Di harap perkara-perkara seperti kehilangan pendapatan negara akibat daripada perbuatan penyeludupan (sepatutnya menjadi salah satu daripada pendapatan negara) dapat dihapuskan sekaligus dapat menjana kembali ekonomi negara di masa-masa akan datang. 

Corruption Perception Index (CPI) bagi negara kita adalah pada skala 4.3 dan ini dilihat sebagai satu perkara yang membimbangkan. Salah satu pecahan dibawah kriteria yang diambil kira adalah rasuah didalam perkhidmatan awam sesebuah negara. Didalam tempoh lima(5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang, diharap perkara seperti ini dapat dikeluarkan daripada perkhidmatan awam. Kerajaan telah menggariskan beberapa panduan dan peraturan yang wajar diikuti oleh para penjawat awam seperti Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi memastikan negara kita mencapai tahap rasuah sifar.

Saya berpendapat sekiranya langkah-langkah diatas dijadikan faktor utama dan merupakan fokus perkhidmatan awam di dalam tempoh lima (5) hingga sepuluh (10) tahun akan datang, saya percaya Perkhidmatan Awam di Malaysia mampu menjadi satu perkhidmatan yang boleh dijadikan sebagai satu benchmark kepada negara-negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI
SIDANG E
DPA BIL 1/2011

EKSPEKTASI TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM DALAM TEMPOH 5 HINGGA 10 TAHUN AKAN DATANG

Pada pendapat saya, ekspektasi terhadap perkhidmatan awam dalam tempoh 5 hingga 10 tahun terangkum dalam beberapa aspek. Antara aspek yang disentuh adalah  sistem penyampaian yang berkualiti dan cekap secara menyeluruh.

Keperluan kepada sistem penyampaian yang berkualiti dan cekap, rakyat juga mengharapkan layanan yang saksama, mesra, bersopan santun dan berbudi bahasa. Gagasan pucuk pimpinan Negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, memerlukan pengurusan pentadbiran awam berorientasikan prestasi sebagai suatu budaya. Oleh itu prestasi perkhidmatan awam perlu diukur.

Perkhidmatan kerajaan bukan sekadar memenuhi kehendak pelangan tetapi kepuasan pelanggan merupakan sesuatu yang perlu diutamakan, supaya perkhidmatan awam terus kekal relevan. Oleh itu kecemerlangan perkhidmatan awam adalah menerusi sistem penyampaian perkhidmatan yang menepati kehendak dan cita rasa pelanggan.

Perkhidmatan awam perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari kaedah terbaru bagi meningkatkan kecekapan proses kerja serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keadaan semasa. Dalam konteks ini, pendekatan berasaskan Bidang Hasil Pencapaian Utama atau Key Result Area (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) telah dijadikan asas dalam proses pengukuran pencapaian prestasi. KRA merupakan hasil utama yang perlu dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan misi organisasi berkenaan. Manakala KPI merupakan indikator utama.

Ekpektasi dan kehendak pelanggan tidak statik tetapi turut meningkat. Oleh kerana itu, usaha mengemaskini, merombak serta menyusun semula untuk memperkenalkan prosedur baru, inovasi dan aplikasi teknologi akan berterusan untuk memastikan perkhidmatan awam memenuhi aspirasi negara dan harapan rakyat.

Usaha-usaha peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan adalah usaha yang berterusan. Apabila satu tahap kualiti telah tercapai, usaha perlu terus ditingkatkan lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Rusdy Abdul Razak
Sidang E
DPA 1/2011