Sunday, 8 January 2012

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Perkhidmatan awam pada masa kini berdepan dengan banyak cabaran  untuk terus kekal relevan dimata  rakyat.  Cabaran-cabaran ini menuntut agar perkhidmatan awam bertindak dengan lebih telus, bebas dari pengaruh luar serta memberikan dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.    

Dalam menuju ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi seperti yang digariskan oleh Wawasan 2020 dan konsep 1Malaysia, masa adalah semakin suntuk untuk Malaysia mencapai visi tersebut.  Perkhidmatan awam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan impian ini. 

Nilai integriti merupakan elemen yang penting dalam  usaha untuk menubuhkan negara maju bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga spiritual atau modal insan. Antara  langkah yang boleh diambil adalah untuk menanamkan nilai integriti dalam sanubari setiap penjawat awam semasa menjalankan tugas.
 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan Institut Integriti Malaysia bagi tujuan  tersebut. Oleh itu, adalah wajar supaya Institut ini digunakan dengan sepenuhnya bagi mencapai objektif melahirkan penjawat awam yang berintegriti. Sekiranya imtegriti tidak berjaya disemaikan,  sudah pasti cabaran untuk membina perkhidmatan awam yang telus, cekap dan bebas dari pengaruh tidak dapat dicapai. 

Adalah diperhatikan juga bahawa penjawat awam tidak bebas dalam membuat keputusan yang penting semasa menjalankan tugas. Walaupun hakikat sebenar, penjawat awam menpunyai kuasa mutlak dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat, namum sering kali terdapat campur tangan politik dalam pentadbiran. Ini menyebabkan segala keputusan tidak telus dan mungkin bukan dalam  'best interest' rakyat. 

Sehubungan ini, saya berpendapat  jika integriti dapat disematkan dalam diri, adalah tidak mustahil untuk Malaysia menjadi negara maju    yang setanding dengan negara  yang lain. 

Neo Su Bing
Sidang E

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Sebagai penjawat awam, kita mestilah komited dengan sepenuhnya dan mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran akan datang demi untuk mesti mencapai visi untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi, aman, selamat dan bersatu, dengan keadilan sosial. Untuk itu Dato Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan dan memperjuangkan semangat 1Malaysia demi kepentingan rakyat. Pelan hala tuju ini memaparkan jalan untuk menangani keperluan dan permasalahan asas rakyat.

Penjawat awam memainkan peranan demi untuk memacu transformasi untuk mencapai Wawasan 2020 dan menunaikan hasrat rakyat mendahulukan rakyat dan menyampaikan hasil yang besar dengan cepat. Oleh itu amatlah penting untuk setiap penjawat awam untuk melakukan transformasi dan keluar dari zon selesa. Demi merialisasikan matlamat ini, antara langkah yang boleh diambil ialah sentiasa mendapatkan input daripada rakyat, belajar sambil bertindak dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi.

Dalam masa 5 hingga 10 tahun, saya melihat penjawat awam akan berjaya mencapai kemajuan berpandukan pada kadar pertumbuhan waktu ini, dan mampu merubah negara daripada negara berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi. Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah bukan sahaja mementingkan prestasi ekonomi, tetapi memperkukuh pentadbiran dalam sektor awam bagi membangunkan ekonomi. 
Satu lagi aspek penting transformasi yang diperkenalkan dalam menilai pengurusan prestasi penjawat awam iaitu terdiri daripada Pegawai Kerajaan dan Menter adalah Petunjuk Prestasi Utama atau lebih dikenali sebagia KPI. Program ini diperkenalkan dengan tujuan untuk menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dan menentang sebarang kecenderungan ke arah penetapan sasaran yang sederhana dan rendah. Untuk setiap peratusan KPI, mempunyai pendekatan dan tindakan yang boleh diambil berbeza-beza mengikut peratusan KPI. Sebagai contohnya, untuk KPI 60% hingga 69% langkah yang boleh diambila ialah dengan memberi bantuan, latihan dan sokongan penyelesaian masalah untuk mencapai sasaran dan untuk prestasi kurang 60% adalah dengan menyediakan bantuan tambahan dan mengaktivasikan pengurusan konsekuensi misalnya, perubahan komposisi dan struktur pasukan.Dengan cara ini, saya percaya setiap penjawat awam mampu mencapai KPI lebih 90% dan membawa Malaysia ke peringkat yang boleh dibanggakan.

Rahayu Rossley
781207-14-5296
Sidang E

Ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam dalam 5-10 tahun dari sekarang

   Kepimpinan yang unggul merupakan asas yang penting dalam organisasi yang cemerlang. Secara amnya, kepimpinan unggul bererti tindakan seseorang pemimpin itu yang dapat memimpin dan mempengaruhi anak-anak buah untuk mencapai misi, visi dan objektif sesebuah organisasi dengan bekerja secara berpasukan. Baru-baru ini kepimpinan dalam sektor awam ditransformasikan dengan mengikut cara dan corak pentadbiran syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLCs) yang dilihat sebagai contoh terbaik untuk diamalkan. Perubahan yang dibawa ini dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperlukan kerana ekspektasi rakyat kepada kerajaan dan tampuk kepimpinan kerajaan semakin meninggi. Bagi saya, ekspektasi saya terhadap kepimpinan perkhidmatan awam adalah mengenai kemampuan pemimpin untuk melaksanakan strategik, fleksibel, bijak, kental / tahan cabaran, bersatu & menyatukan dan adil.


STRATEGIK
   Saya merasakan perlunya pemimpin akan datang berupaya menyusun strategi yang efektif dan memenuhi keperluan rakyat. Penyusunan strategi bukan sesuatu yang mudah kerana masalah dan keperluan yang dihadapi oleh rakyat adalah pelbagai. Pemimpin perlu berupaya merancang strategi yang mampu menyelesaikan masalah semasa berbangkit dan menjangkakan strategi terus relevan bagi 5-10 tahun akan datang. Cabaran global mahupun tempatan sudah tentu berupaya melemahkan strategi yang dirancang kini tidak relevan di masa hadapan. Oleh itu, sememangnya jika strategi yang dirancang tidak mantap maka segala yang menyusuli selepas itu pasti tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Strategi yang mantap haruslah bersifat sukar digugat, disambut baik oleh orang ramai dan berkesan pada masa kini dan hadapan. Strategik yang mantap harus diikuti dengan pelaksanaan strategi yang berjaya. Pemimpin harus bijak mengunakan sumber sedia ada dan kepintarannya untuk memastikan pelaksanaan strategik yang licin dan berkesan. Sememangnya sepanjang pelaksanaan tersebut akan ada halangan-halangan, namun pemimpin harus bijak menjangkakan masalah tersebut dan cara menanganinya.Cara pemimpin menangani masalah pelaksanaan tersebut perluah mendapat persetujuan majoriti dan menggunakan kaedah yang mementingkan keutamaan semua pihak terlibat. Sesuatu masalah tidaklah harus ditangani untuk mencapai matlamat asal strategi dengan menggunakan cara / kaedah yang memudaratkan pihak-hak berkepentingan walaupun mereka golangan minoriti.

FLEKSIBEL
   Kepimpinan masa hadapan perlulah fleksibel dari beberapa aspek. Aspek pertama adalah kepimpinan dalam sektor kerajaan boleh dijawat oleh pegawai sektor swasta juga terutamanya GLCs dan juga kepimpinan sektor swasta boleh dijawat oleh pegawai kerajaan. Keperluan ini dilihat penting supaya kedua-dua pihak dapat merasai suasana bekerja di sektor berlainan dan penting seperti "mata baru" yang mampu melihat kelemahan di sektor itu dan cara mengatasinya. Aspek kedua adalah kepimpinan yang bukan sahaja "top down" tetapi juga "bottom up". Sesuatu keputusan itu tidaklah semestinya perlu dibuat oleh golangan atas tetapi boleh dibaut oleh golangan pertengahan dan bawah. Keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang terburu-buru ataupun keputusan lemah, tetapi merupakan satu keputusan yang baik dan diterima orang ramai. Fleksibel yang demikian adalah penting supaya memudahkan dan mempercepatkan urusan membuat keputusan dan pelaksanaannya. Aspek ketiga adalah pemimpin yang mampu mengikut arus perubahan dan mengadaptasikan pemikiran dan cara lama dengan yang baru. Keanjalan itu adalah penting agar organisasi tersebut dapat bersaing dalam era persaingan yang sengit dan komplek ini.

BIJAK
   Pemimpin masa hadapan perlulah bijak dan cekap serta mampu membuat keputusan dan mengambil tindakan dalam situasi yang tertekan, tegang dan dalam jangka masa yang singkat. Kebolehan ini adalah sangat diperlukan terutama zaman ini yang memerlukan sesuatu masalah atau isu diselesaikan dengan kadar yang amat segera kerana ragam rakyat adalah amat mendesak. Pemimpin juga haruslah bijak memimpin dan menguruskan anak-anak buahnya supaya tugas dapat dilaksanakan dengan hati yang senang. Pemimpin perlulah berusaha mendapat hormat dan disegani oleh anak buah bukan kerana kedudukannya atau penonjolan kekuasaannya tetapi kehandalan / kehebatan dirinya yang disukai orang ramai. Pemimpin juga perlulah bijak membaca anak-anak buahnya supaya segala ketidakpuasan dan perkara yang kurang disenangi dapat dielakkan. Dan akhir sekali pemimpin harus bijak menggunakan pendekatan punitif, ganjaran dan pengiktirafan agar anak-anak buah terus dapat berkembang ke arah kecemerlangan.


ADIL
   Seseorang ketua patut mengamalkan sikap adil dan saksama dalam pembahagian tugas walaupun kakitangan bawahannya telah mempunyai skop tugas yang tetap namun pemantauan dari semasa ke semasa perlu dilaksanakan. Bersikap adil terhadap penerimaan pendapat dan idea yang boleh dipertimbangkan walaupun ianya datang daripada kumpulan sokongan. Dengan adanya pertimbangan yang baik, dari sudut pandangan 360 darjah pastinya pembuatan keputusan dapat dilakukan dengan lebih tepat. Ada ketikanya di pejabat berlaku situasi salah faham atau pertelingkahan seseorang ketua yang adil perlu melihat daripada pelbagai sudut dan pandangan bukan hanya dari sebelah pihak sahaja. Pertimbangan yang bijak perlu dibuat dan kes yang timbul perlu diselidiki sedalam-dalamnya sebelum sebarang tindakan dilaksanakan. Sikap tidak mudah terpengaruh perlu ada dalam diri setiap pemimpin yang baik kerana ia mencerminkan kematangan dan kebijaksanaannya.

KENTAL / TAHAN CABARAN
   Seorang pemimpin yang hebat haruslah mempunyai jati diri, pendirian yang tegas. Harus juga mempunyai semangat yang kuat ketika melaksanakan satu-satu tugas yang diarahkan. Ini adalah sangat penting kerana kumpulan sokongan akan melaksanakan satu-satu tugas yang diarahkan sekiranya mempunyai ketua yang sangat bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa walaupun berhadapan dengan situasi yang sukar. Pastinya ini akan memberi peransang yang baik kepada mereka.

BERSATU DAN MENYATUKAN
   Seseorang pemimpin yang baik haruslah mempunyai sikap mudah untuk bekerjasama. Sikap ini sangat penting untuk wujud dalam sesebuah organisasi agar susasana harmoni dapat dipupuk. Sekiranya kurang komunikasi dan interaksi antara kakitangan dan ketua kadangkala wujud jurang di antara mereka. Dikhuatiri sekiranya perkara ini terjadi kadangkala mesej atau arahan yang disampaikan tidak mencapai matlamat kerana tidak mencapai kata sepakat. Pemimpin yang baik juga mampu membina ukhuwah yang baik di kalangan kakitangan sekiranya ada yang tidak bertegur sapa, keadaan ini haruslah diperbaiki bagi memantapkan urusan kerja disesebuah organisasi.

KESIMPULAN
   Saya berpendapat perkara yang dibincangkan di atas merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam kepimpinan 5-10 tahun akan datang.

MOHAMAD FAISAL HAFIZ BIN MOHAMED RAMLI
831113-10-5069
SIDANG E

Ekspektasi Terhadap Perkhidmatan Awam

Sinar 2012 telah menjengah tiba 8 hari yang lalu. Ini bermakna tanggal 1 Januari 2020 di mana Malaysia bakal mencapai status sebuah negara maju hanya tinggal kurang daripada 8 tahun sahaja. Sesungguhnya, selain memerlukan kepimpinan politik yang dinamik, sektor swasta yang berdaya saing serta rakyat yang bersatu padu dan mendukung wawasan negara, langkah Malaysia ke arah mencapai negara maju lantas mengekalkan status tersebut juga memerlukan kepimpinan sektor awam yang  serius, berpandangan jauh dan bergerak seiring dengan iltizam pucuk pimpinan Negara.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai dasar dan perancangan telah diperkenalkan oleh kerajaan dan mendapat dukungan perkhidmatan awam seperti Buku Hijau, Rancangan Malaya/Malaysia, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan Negara dan Dasar Pertanian Negara. Kesemua dasar dan perancangan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bermatlamat bagi membangunkan negara tercinta ini dan sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi warganya lantas menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Terkini, susulan peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 3 April 2009, Malaysia kini berada dalam ledakan era transformasi melalui pengenalan dan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (NEM) dan Gagasan 1Malaysia. Dasar dan perancangan tersebut bermatlamat bagi memacu Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Ini bermakna, dasar dan perancangan berkenaan merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991.
Jika diamati kandungan GTP, ETP, NEM dan Gagasan 1Malaysia, sesungguhnya dasar dan perancangan tersebut mempunyai visi dan misi yang tinggi serta berjiwa besar.  Dalam hal ini, kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia dan anggotanya selaku penggerak utama kerajaan Malaysia perlu menghayati sepenuhnya dasar dan perancangan tersebut dan merealisasikannya.
Lantaran itu, sebagai permulaan para penjawat awam perlu terlebih dahulu diberikan kefahaman sepenuhnya mengenai perkara tersebut. Di samping itu, perkhidmatan awam juga wajar bekerjasama erat dengan sektor swasta dengan mewujudkan pakatan strategik supaya dasar dan perancangan ini dapat direalisasikan lantas menggerakkan ekonomi Malaysia ke arah status negara maju. Selain itu, pelbagai lapisan rakyat Malaysia juga amat perlu diberikan kefahaman yang jelas mengenai perkara ini memandangkan mereka merupakan “sumber penting” yang dapat memastikan kejayaan Malaysia kelak. Hal ini juga memerlukan peranan penting oleh perkhidmatan awam Malaysia.
Kesimpulannya, perkhidmatan awam Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam merealisasikan dasar dan perancangan kerajaan ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi seterusnya mengekalkan status tersebut. Kepimpinan perkhidmatan ini amat wajar mempunyai matlamat yang jelas berhubung perkara ini dan sesungguhnya dukungan erat oleh semua penjawat awam adalah sesuatu yang mutlak.
Oleh: Mohamed Helmi Bin Deris @ Abdullah
          850905-14-6591
          Sidang E

Ekspektasi Terhadap Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum w.b.t.

Perkhidmatan awam di mana-mana negara sering menjadi kritikan dan tomahan pelbagai pihak. Kebanyakan besar isu-isu yang diutarakan sering dikaitkan dengan dasar, isu kecekapan, penyampaian perkhidmatan dan integriti. Penjawat awam sering dilihat sebagai tidak cekap dan ketinggalan zaman dari pelaksanaan dasar.

Untuk mentadbir negara masa kini, perkhidmatan awam yang perlu berdasarkan keperluan semasa dan keperluan masa hadapan. Satu titik keseimbangan perlu dicapai dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar dan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awan perlu lebih realistik dan tidak hanya berdasarkan slogan semata-mata.

Saya mengharapkan sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan releven dengan keperluan semasa dan masa hadapan. Satu perkara yang menjadi tunjang kepada ekspektasi ini adalah setiap seorang dari perkhidmatan awam perlu meletakkan dirinya di tempat golongan sasaran dalam merangka dasar, melaksanakan program,menyampaikan perkhidmatan dan berkomunikasi dengan  orang awam. Dengan menyampaikan perkhidmatan dengan empathy, isu-isu integriti, keikhlasan, kesungguhan, kecekapan dan kualiti akan terjawab dengan sendirinya. "Janganlah kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak mahu orang lain lakukan kepada mu".

Sekian, terima kasih.

Muhammad Yusuf Abdullah

820831-10-5107

Ekspektasi Terhadap Kepimpinan Awam Lima Hingga Sepuluh Tahun Akan Datang

Jika kita meluangkan masa melepak di kedai kopi pada waktu sekarang, isu-isu panas seperti Anwar Ibrahim, demonstrasi 901, pilihanraya umum ke 13, MyKad baru, Amalina Che Bakri tidak boleh tidak pastinya akan menjadi topik perbualan. Yang menariknya, semua isu ini mereka kaitkan dengan kerajaan. Polis, Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Pilihanraya, semuanya mereka maksudkan dengan kerajaan.

Kenapa agaknya mereka begitu berminat bercakap mengenai kerajaan? Atau soalan yang lebih tepat ialah kenapa agaknya mereka menganggap semua kepincangan isu dalam negara ada kaitan dengan kerajaan? Saya menganggap perkara ini perlu diberi perhatian kerana sesebuah kerajaan akan dikatakan kerajaan yang baik hanya jika perkhidmatan awam berada di tahap cemerlang.

Kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sememangnya telah banyak mengubah landskap dan suasana perkhidmatan awam negara. Bermula dengan pengumuman Key Performance Indicator (KPI), seterusnya  National Key Repository Area (NKRA), Economy Transformation Program (ETP), Government Transformation Program (GTP), Politic Transformation Program (PTP), Blue Ocean Strategy, dan yang terbaru Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  menjadikan perkhidmatan awam dilihat ‘segar’, re-branding dan menepati kehendak masyarakat semasa. Namun begitu, fasa perubahan ini akan kekal statik dalam keadaan begini jika tiada kumpulan pelapis dan pelaksana bagi meneruskan agenda perubahan ini.

Perkhidmatan awam dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang akan menjadi lebih efisien kerana dasarnya yang kukuh telah dibina mulai sekarang. Agenda NKRA, projek-projek Blue Ocean Strategy, dasar-dasar ETP serta misi kerajaan seterusnya tidak harus berhenti meskipun jika ada perubahan tampuk pemerintahan sekalipun. Ia sewajarnya dijadikan misi nasional dan dianggap penting oleh setiap rakyat Malaysia amnya serta anggota perkhidmatan awam khususnya.

Jika semangat begini boleh diterapkan, pasti topik-topik perbualan di kedai kopi akan menjadi lebih bernas malah kedai kopi mungkin boleh dijadikan salah satu platform di mana idea dan dasar-dasar kerajaan dapat dibincang dan ditambahbaik secara santai tetapi juga efektif.

Oleh :

Nurul Syahmiza binti Md Isa
850410-025210